“Mudah-mudahan dia akan tertarik dengan Islam” – Deddy Corbuzier mahu anak jadi Muslim

Ramadhan 2021 menjadi tahun kedua buat pengacara Deddy Crobuzier menjalani ibadah puasa sebagai seorang Muslim.

Namun jauh di sudut hatinya, pengacara program Hitam Putih itu berharap anaknya, Azka Corbuzier juga akan mengikuti jejaknya memeluk Islam.

Bagaimanapun, Deddy tidak mahu memaksa buah hatinya itu untuk berpindah agama begitu sahaja. Dia ingin anaknya mempelajari sendiri agama Islam dan akhirnya jatuh hati dengan agama yang indah ini.

“Saya menjadi mualaf bukan kerana disuruh. Saya menjadi mualaf kerana bertemu dengan rakan-rakan (Muslim) yang positif tentang agama,” ujar Deddy ketika ditemu bual dalam saluran YouTube Cahaya Untuk Indonesia oleh Habib Husein Ja’far Al Hadar.

Ujar Deddy, sehingga kini Azka sudah mengenal tiga agama berbeza iaitu Islam, Katolik dan Buddha.

“Usianya baru sahaja 14 tahun. Biarkan dia mengenal sendiri agama yang akan dianutinya nanti. Mudah-mudahan dia akan tertarik dengan Islam,” katanya.

Sumber: Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*