Sebuah keluarga 28 Anak tinggal bersama 4 isteri

Baru-baru ini tular mengenai sebuah keluarga yang memiliki 28 orang anak dan 4 orang isteri di mana mengundang banyak respon daripada netizen. Ada segelintir yang mengelengkan kepala mendakwa hanya beranak saja pandai, dan ada juga yang merasa kasihan dengan keluarga ini.

 

Ada yang mengatakan dalam keadaan yang tidak mampu pun sanggup untuk berkhawin hingga 4 isteri. Orang yang berkemampuan pun kadang-kadang agak sukar memenuhi keperluan sebuah keluarga yang mempunyai 4 orang isteri. Dikatakan seramai 28 orang anak dibiarkan tak bersekolah manakalah isteri pula berhimpit dirumah sewa.

 

Kasihan dengan isteri, kasihan dengan anak-anak kerana mereka berhak menikmati kehidupan yang selesa. Jangan tahu beranak saja. Dikatakan juga Lembaga Zakat Selangor (LZS),juga telah memberikan pelbagai bantuan kepada mereka.  Anak sulung daripada keluarga ini suda meninggalkan mereka kerana tidak tahan dengan keadaan yang sungguh daif. Kasihan kepada anak-anak itu.

 

sumber:  sinarharian

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*