SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BPR:CARA DAPATKAN NO VOUCHER(PEMBAYARAN TUNAI DI BSN)

Jika anda telah LULUS BPR tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau maklumat akaun bank anda ada kesilapan. Maka duit BPR tidak akaun masuk ke akaun bank anda. Status bayaran BPR anda GAGAL KREDIT.

Bagaimanakah cara nak dapatkan no baucar BPR?Bagaimana nak buat semakan nombor baucar BPR untuk ambil secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)?

APA ITU SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BPR?

NOMBOR BAUCAR BPR ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan Prihatin Rakyat tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif untuk keluarkan wang bantuan tersebut.

Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank akan memiliki nombor siri BPR untuk keluarkan bayaran bantuan secara tunai di Bank Simpanan Nasional.

CARA DAPATKAN NO BAUCAR BPR

Berikut adalah cara untuk dapatkan no baucar BPR Fasa 2:

  • Sila layari https://bpr.hasil.gov.my
  • Pada bahagian Semakan Status,sila masukan nombor kad pengenalan pemohon
  • Masukkan Nombor MyKad di ruangan tertera
  • Klik CARI

Berikut adalah maklumat yang dipaparkan:

  • Nama
  • Fasa
  • Jumlah Bayaran
  • Status Kredit
  • Tarikh Tunai
  • Nama Tunai Bank
  • Nama Bank
  • No Akaun Bank
  • Kod Tidak Berjaya
  • No Baucar
  • Sila bagi perhatian bahagian STATUS KREDIT.Akan dipaparkan GAGAL KREDIT

Sila bagi perhatian bahagian No Baucar BPR Fasa 2. Salin no baucar untuk dibawa ke BSN untuk dapatkan duit BPR anda.

CONTOH NOMBOR BAUCAR BPR

Berikut ialah screenshot untuk semakan no baucer BPR Fasa 2:

*Contoh akan dikemaskini

CARA TUNAIKAN BAUCAR BPR

Untuk membuat penunaian Baucar BPR, penerima BPR hanya perlu membawa No Baucar BPR dan Kad Pengenalan ke cawangan Bank Simpanan Nasional(BSN) berhampiran.

SEMAKAN WAKTU OPERASI KAUNTER BAGI CAWAGAN BSN SEPANJANG TEMPOH PKP DAN PKPB

Berikut adalah waktu operasi bagi kaunter BSN di seluruh Malaysia:

*Akan dikemaskini

SOALAN LAZIM SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BPR

Bagaimanakah kaedah pembayaran BPR bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak yang tidak mendaftarkan maklumat akaun bank dalam permohonan BPR?

Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan dibuat melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).

Akaun Bank yang saya laporkan semasa permohonan BPR salah atau tidak aktif.Adakah saya boleh membuat kemas kini maklumat akaun bank?

Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan. Sekiranya akaun yang dilaporkan salah atau tidak aktif, pengkreditan yang dibuat akan gagal kredit dan kaedah pembayaran adalah Tuntutan Tunai di Cawangan BSN

Semakan mendapati saya telah lulus BPR tetapi bayaran dibuat kepada bekas pasangan saya. Adakah saya boleh membuat tuntutan BPR berkenaan?

Tuntutan BPR hanya boleh dibuat oleh penerima BPR sahaja.

Bilakah tarikh untuk tunaikan duit BPR Fasa 2 di Bank Simpanan Nasional?

Bermula 17 Mei 2021

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*