Malaysia Bila nak mula pusat Vaksin Besar-Besaran? Jepun dah mula..

Semua negara di seluruh dunia sedang berlumba-lumba untuk program vaksinasi kepada semua rakyat. Jepun juga antara negara yang tidak ketinggalan untuk program tersebut

 

Jepun membuka pusat vaks inasi besar-besaran pertamanya hari ini sebagai usaha untuk mempercepatkan program imunisasi Covid-19 dengan hanya berbaki dua bulan sebelum Sukan Olimpik Tokyo dijadualkan berlangsung.

Dua pusat vaksinasi yang dibuka di Tokyo dan Osaka itu dijangka memberikan ribuan dos suntikan setiap hari yang akan dimulakan dengan golongan warga emas.

Buat masa ini, hanya dua peratus daripada penduduk Jepun yang telah menerima suntikan vaksinasi sepenuhnya berbanding kira-kira 40 peratus di Amerika Syarikat dan 15 peratus di Perancis.

Kadar pelaksanaan yang perlahan itu menerima kritikan ramai memandangkan Jepun kini berdepan dengan gelombang kee mpat vir us Covid-19.

Situasi itu adalah disebabkan oleh peraturan peru batan yang ketat serta bir okrasi yang kompleks.

Meskipun begitu, beberapa penduduk yang menerima su ntikan hari ini melahirkan rasa teruja mereka untuk meneruskan kehidupan selepas ini.

β€œIa amat bagus. Saya boleh bertenang sekarang. Sudah setahun setengah saya berasa geli sah dan tert ekan,” ujar seorang warga emas, Hideo Ishikawa, 73.

Pusat vaksinasi di Tokyo dijangka mampu memberikan sehingga 10,000 sunt ikan sehari, manakala di Osaka akan memberikan sehingga 5,000 suntikan.

Kedua-dua pusat tersebut menggunakan vaksin Moderna dan AstraZeneca yang memerlukan dua dos untuk perlindungan lengkap.

Jepun mula memberi sun tikan Pfizer kepada petugas perubatannya pada Februari lepas dan diikuti dengan golongan berumur 65 tahun ke atas yang dijangka selesai pada penghujung Julai ini. – AFP

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*