Sekeluarga Tewas Sebab C-19..Al Fatihah utk Keluarga

 

Kisah benar sebuah keluarga kehilangan segalanya ..

Kuala Lumpur: Potret bersama keluarga menyambut Aidilfitri tahun ini menjadi kenangan terakhir buat Lans Koperal Siti Nurul Hawana Amran apabila keh ilangan insan tersayang, ibu bapa dan adiknya yang menin ggal du nia akibat Covid-19.

Bapanya, Amran Sadon, 56, dan ibunya, Hasminah Parmin, 57, menin ggal du nia Jumaat lalu ketika menerima rawatan di Hospital Cancelor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras, di sini, Khamis lalu.

Manakala, adiknya Muhammad Luqman Idham Amran, 20, pula menghe mbus nafa s terakhirnya jam 6 pagi hari ini ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Lebih menye dihkan, Siti Nurul berkata, arwah orang tuanya juga tidak sempat meningg alkan pesanan buat dirinya selepas dimasukkan ke hospital.

 

Menurutnya, arwah ibu dan bapanya disahkan positif Covid-19 pada 17 Mei lalu selepas menja lani ujian calitan sehari sebelum itu.

“Sepanjang Ramadan lalu mereka ada mengerjakan solat tarawih di surau berhampiran rumah kami di Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, Sungai Besi dan kemungkinan mendapat jangkit an daripada situ.

“Selepas mengetahui mereka positif saya dan adik-beradik membuat ujian sama namun hanya adik yang disahkan posi tif manakala saya negatif,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berkata, ibunya dihantar ke HCTM pada petang Khamis lalu kerana keadaannya yang semakin ter uk ketika itu.

“Namun apabila saya memberitahu arwah ayah, emak semakin kriti kal, tiba-tiba ayah meng adu ses ak nafas sebelum kami menghubungi am bulans dan dia dihantar ke hospital sama pada sebelah malam.

“Namun mereka gagal diselamatkan dan mening gal dunia keesokannya dan yang ralatnya, mereka tidak sempat meni nggal apa-apa pesanan buat saya,” katanya.

Katanya, adiknya yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh juga hilang semangat apabila mengetahui ibu bapanya sudah tiada.

“Namun tidak sangka hari ini adik pula pergi mening galkan kami.

“Saya bersama anak buah, adik ipar juga perlu menjalani kuarantin sehingga 30 Mei ini selepas men jalani ujian calitan jam 10 pagi tadi,” katanya.

Katanya, dia berharap dirinya dan keluarga adiknya tidak dijangkiti Covid-19.

“Arwah orang tua saya selamat dikebu mi kan di tanah perkuburan Islam di Sungai Besi sekitar jam 4 petang Jumaat lalu sementara adik dikebu mikan jam 1 tengah hari tadi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan seorang anggotanya kini menjalani kuarantin selepas ibu bapa dan adiknya menin ggal dvnia akibat Covid-19.

“Anggota polis terbabit sudah dipanggil Kementerian Kesihatan Malaysia Cheras untuk menjalani ujian calitan.

“Setakat ini, IPD beroperasi seperti biasa dan kawasan ini memang sentiasa disanitasi bagi mengelakkan penularan Covid-19,” katanya

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*