PUNCA Seb3nar Mengapa Transit Kelana Jaya Meng4lami Kem4langan

 

Siasatan awal punca kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertem bung di ibu negara, semalam mendapati insiden itu disebabkan kecuaian pemandu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pemandu Tr40 itu didapati cuai apabila memandu tren dalam arah yang salah dengan dikesan bergerak pula ke laluan utara.

“Hostler (pemandu) itu sepatutnya bergerak dari Stesen Kampung Baru ke arah selatan iaitu menuju ke Stesen Dang Wangi,” katanya dalam sidang akhbar secara maya di sini hari ini.

 

Keadaan itu, ujar beliau, mengaki batkan berlaku pelang garan tren tersebut dengan Tr81 dari arah berten tangan yang membawa 213 penumpang di lokasi antara dua stesen berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ia hasil dapatan awal Bahagian Penguatkuasaan Rel, Agensi Pengangkutan Awam Darat sejurus selepas menerima laporan kes kemalangan tersebut semalam.

Set Tr40, ujarnya, bergerak tanpa penumpang pada pukul 8.21 malam secara Operasi Tren Automatik (ATO) dari Stesen LRT Gombak ke Depoh Subang (Arah Selatan) sebelum ro sak.

“Tren ini dikesan mengalami kega galan ATO apabila sistem Vehicle On-Board Controller (VOBC) terhe nti tiba-tiba semasa menghampiri platform Stesen Kampung Baru,” jelas Ka Siong.

 

Pusat Kawalan Operasi (OCC) Rapid Rail Sdn. Bhd. mengenal pasti kedudukan Tr40 dan mengarahkan pemandu mengemudi tren itu secara manual menuju Stesen Dang Wangi.

Tr40 kata beliau, perlu bergerak ke arah yang sama bagi memberi laluan kepada tren-tren lain Laluan Kelana Jaya dalam mod ATO untuk meneruskan perkhidmatan ke bahagian selatan.

Pada masa sama, katanya, Tr81 yang dalam mod ATO berada statik di platform Stesen KLCC arah selatan sebelum ia berlepas menuju ke Stesen Kampung Baru pada pukul 8.24 malam.

“Ia menerima maklumat bahawa Tr40 telah pun beredar dari Stesen Kampung Baru menuju ke Stesen Dang Wangi sebelum bertembung pada pukul 8.33 malam,” katanya.

 

Insiden berkenaan katanya, segera dimaklumkan oleh pemandu Tr40 yang bertindak menghubungi OCC dan seminit kemudian, Tr81 dikenal pasti sebagai tren yang bertembung tersebut.

Pihak OCC pada pukul 8.36 malam memaklumkan pelbagai agensi tindakan kece masan dan melantik pegawai yang bertanggungjawab di kawasan insid en itu berdekatan dengan KLCC.

Ka Siong berkata, pasukan bomba, p0lis dan ambulans tiba di lokasi itu pukul 8.50 malam setelah penumpang keluar daripada tren sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Kesemua mangsa telah selesai dipindahkan ke HKL pukul 9.23 malam dengan 47 cedera parah dan baki 166 ced era ringan menerima rawatan segera di tempat kejadian,” jelas beliau.- UTUSAN ONLINE

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*