Datuk Seri Tajuddin Dip3cat Serta M3rta K3rana G4ra-Gara ” Tren Saling Berc1um’

Media sosial dihujani gesaaan agar ahli Parlimen Pasir Salak di singkirkan, dan hari ini dikatakan

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkuat kuasa serta merta. Perkara itu disahkan jurucakap media Kementerian Kewangan ek oran satu surat penama tan perkhidmatan itu yang ditandatangani Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang tersebar dalam media so  sial.

Dalam surat rasmi kementerian berkenaan bertarikh hari ini itu, Tengku Zafrul mengambil kesem patan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang diberikan Tajuddin kepada Prasarana sepanjang memegang jawatan itu.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu dilantik jawatan berkenaan pada 11 Mei tahun lalu menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletakkan jawatan pada 7 Mei 2020.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu pernah menjadi Pengurus Jualan di Cycle & Carriage (M) Sdn. Bhd., iaitu pemegang francais dan peng edar tun ggal kereta buatan Mitsubishi Motors.

Tajuddin adalah Pengarah Urusan United Assembly (Services) Sdn Bhd, United Straits Fuso Sdn Bhd, Automotive Corporation ( M ) Sdn Bhd dan United Cycles Sdn. Bhd.

Tajuddin juga terbabit dalam pembang unan hartanah dan pendidikan tinggi swasta di samping industri automotif. – UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*