Selepas Neelofa, Kini Giliran Zarina Anjoulie Dituduh Netizen Rentas Negeri

Baru – baru ini terdapatb pelbagai reaksi artis -artis tentang pelanggaran SOP

  1. Tindakan pelakon sensasi, Zarina Anjoulie memuat naik sebuah video di laman Instagram yang memaparkan dirinya sedang melakukan rawatan sedut lemak (Liposuction) di sebuah klinik di ibu kota mengundang persoalan netizen.

Menerusi posting tersebut, ada individu yang bertanya sekiranya terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) merentas negeri kerana Zarina kini menetap di luar Kuala Lumpur (KL).

Rentas negeri ke?

Tidak berdiam diri, pelakon berusia 34 tahun itu tampil memberikan penjelasan bahawa dia kerap berulang-alik antara KL ke Nilai atas urusan kerja selain mempunyai surat kebenaran yang disahkan pihak polis.

Atas tuntutan kerja lah!

Tolong faham aku hari-hari kerja dekat KL, kadang aku tak balik sebab keesokannya kena kerja siang, aku tinggal Nilai jauh nak balik.
“Surat kebenaran kerja aku mohon di Balai Polis Nilai. Kalau sesiapa tak puas hati boleh telefon terus balai polis tanya. Aku kerja bukan jalan-jalan cari karpet,” tulisnya.

Selain itu, Zarina turut menjelaskan bahawa video itu adalah bagi mempromosikan klinik tersebut dimana dia meraih pendapatan dengan melakukan ‘review’ selepas dipersoalkan kononnya ‘suka-suka’ merentas negeri.

Kerja aku ‘review’ & dapat gaji

 

 

 

“Bila orang bebel kata aku pergi KL tiada kepentingan… acik kau takde kepentingan! Itu la cara aku buat duit dengan review, kau ingat semua duit charity aku buat pun datang dari mana? Review la.
“Takkan laki kau kot yang tanggung aku kalau aku tak kerja. Kerja aku review buat lipo dan dapat gaji,” tegasnya.

Sumber:Instagram Zarina Anjoulie

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*