Ab4ng K0rban Diri d3mi S3lamatkan adiknya… Al Fatihah

Baru-baru ini dikejutkan dengan  Seorang lelaki hilang dikhuatiri lem as selepas berjaya menyelamatkan adik­nya daripada dihanyutkan arus de ras ketika mandi di Sungai Perak di Kampung Tebing Rebak, Hutan Melintang, di sini semalam.

Mangsa, Muhammad Amiurnur Hadi Ahmad Kamal, 21, pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Bangi, Selangor belum ditemukan setakat ini selepas kejadian petang semalam dan operasi mencari dan menyelamat ma ngsa masih dijalankan.

Adiknya yang berjaya dise­lamatkan, Ahmad Nur Syarwani, 15, berkata, kejadian berlaku ketika dia dan abang­nya bersama beberapa lagi rakannya sedang mandi.

Katanya, ketika sedang mandi, dia semakin ke tengah su­ngai akibat arus de ras dan tidak dapat mencapai tangga untuk berpaut.

“Pada mulanya, abang sangka saya pura-pura le  mas, namun, melihatkan keadaan saya yang semakin jauh dihanyutkan arus, abang saya terjun cuba menyelamatkan saya. Dia pegang tangan saya dan menyelam untuk menolak saya ke atas, barulah saya dapat bernafas.

“Untuk membolehkan dia pula bernafas, abang menolak saya ke atas, kami bergilir-gilir bernafas. Ketika itu saya hanya fikirkan mengenai abang saya, saya panggil dia ‘Uda, Uda’ dan dia dengar.

“Lama-kelamaan saya sudah tidak rasa lagi genggaman ta­ngan abang, dia teng gelam di­hanyutkan arus,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, setelah dia berjaya naik ke tebing sungai, dia dibantu oleh penduduk yang menaiki bot untuk mencari abangnya.

“Ketika itu saya masih nampak tangan abang yang terkapai-kapai di dalam sungai namun akhirnya hilang,” katanya.

Menurutnya, abangnya berada di kampung kerana sedang bercuti daripada pengajiannya di Uniten dan tidak menunjukkan sebarang sikap pelik cuma semalam abangnya agak kurang bercakap.

“Saya tidak tahu bagaimana keadaan abang saya. Apa pun saya harap dia dijumpai,” katanya.

Sementara itu, Ketua P0lis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian pada pukul 5.30 petang berlaku ketika mang­sa bersama rakan-rakan dan adik lelakinya mandi di su­ngai berkenaan.

Katanya, adik mangsa berusia 15 tahun itu kemudiannya dihanyutkan arus dan mangsa cuba menyelamatkan dengan menolak remaja terbabit ke permukaan sungai.

“Sebuah bot penduduk kampung yang kebetulan lalu di situ telah membantu remaja tersebut, namun, mangsa telah tenggelam dihan yutkan arus deras. Usaha mencari dan menyelamat mangsa digerakkan bermula pukul 6 petang sema­lam dan disambung lagi hari ini,” katanya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.45 petang, semalam.

Katanya, operasi pencarian yang disambung hari ini diperluaskan merangkumi jarak pencarian sejauh tujuh kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat melibatkan 12 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*