Belum Pun Sampai Sebulan Ngaku Hamil , Lucinta Luna Dah Buat ” Maternity PhotoShoot”

Nama selebriti kontro versi negara seberang, Lucinta Luna rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Ada sahaja berita-berita sensasi yang ‘dijajanya’ untuk memperoleh perhatian daripada media.

Mana tidaknya, khabar yang mengatakan dia hamil sudah pasti menggemparkan rakyat Indonesia sehingga netizen Malaysia terkesan sama.

Sudah reda isu pengumuman kehamilannya, Lucinta sekali lagi membuatkan ramai terhibur apabila perutnya sudah mula kelihatan walaupun baru beberapa minggu sahaja ‘disahkan’ hamil.

 

Rakan duet Datuk Seri Aliff Syukri dalam lagu Bobo dimana itu juga sempa menulis kapsyen memberitahu bahawa lelaki ‘mat salleh’ itu merupakan bapa kepada anak kembar dalam kandungannya.

Dia juga yakin bahawa ‘anak-anak’ di dalam perutnya itu pasti bangga mempunyai ibu bapa seperti mereka.

“PHOTOSHOOT MATERNITY WITH PAPA UR SON. Pasti anak2 kami Fattah dan Fattimah bangga sama kedua Orang tuanya ,” tulisnya.

 

Selain itu, menerusi Instagram photographer dikenali sebagai @nawastory, beberapa keping gambar selebriti sensasi Indonesia itu mengenakan pakaian tradisional bergaya seperti ibu hamil dengan menampakkan perut juga telah menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya, selebriti yang jantinanya masih menjadi teka-teki itu begitu bersungguh memaklumkan dirinya hamil dan dalam masa beberapa minggu sahaja perutnya sudah membesar seperti mengandung di trimester kedua menuju ketiga.

 

 

Pelbagai komen lucu diperoleh di laman Instagramnya apabila gambar-gambar tersebut tular selepas dimuat naik olehnya.

Rata-rata netizen akui bingung kerana melihat kondisi perut Lucinta Luna yang begitu mendadak membesar dalam waktu beberapa minggu sahaja.

 

Sumber: oh my media

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*