Ini Sebab Mengapa Penternak Lembu Dikompaun Tak Pakai Mask..

Baru-baru ini viral seorang penternak lembu dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka.

Di Kota Bharu, Kelantan, seorang penternak lembu dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka ketika bercakap dengan seorang individu di hadapan rumah.

Ketika kejadian, Nik Azman Nik Lah dipercayai sedang memberi makanan kepada ternakannya dalam jarak 10 meter daripada rumah.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihak polis akan menggunakan budi bicara sekiranya penternak lembu terbabit hanya berseorangan di lokasi.

Polis membuat pemerhatian dan mempunyai bukti gambar bahawa mereka sedang bercakap tanpa memakai pelitup muka sebelum mendekati, namun lelaki bermotosikal sempat melarikan diri.

Pihak kita menyoal penternak itu yang mengakui bercakap dengan seorang lelaki tanpa memakai pelitup muka sebelum mengeluarkan k0mpaun

Ujarnya lagi, pihak p0lis mempunyai bukti penternak itu sedang bercakap dengan individu lain yang menaiki motosikal di tepi jalan.

Jelasnya lagi, untuk pengu rangan kom paun, penternak berkenaan boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu dalam masa 14 hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberi pengurangan yang banyak jika membuat rayuan dalam tempoh ditetapkan.

 

Beliau memaklumkan ope rasi dibuat hasil maklumat orang awam bahawa terdapat ramai penduduk kampung yang tidak mematuhi pr0sedur 0perasi standard (S0P) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kredit: Harian Metro

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*