
Ibu Berkelah Di Sungai Tahun 1999, Gadis Diambil Bunian Saat Masih Dalam Rahim
Doktor dah check banyak kali tapi memang baby sudah tiada
Kisah gangguan makhluk halus bernama bunian sering terjadi ketika manusia sedang berada di kawasan hutan tebal. Ia juga meliputi aktiviti mendaki bukit atau gunung, mandi di sungai ataupun berkhemah. Sukar dipercayai, namun seorang gadis bernama Dayana Radzuan ini sempat juga berkongsikan kisah lama yang terjadi pada tahun 1999 dahulu.
Ketika itu, si ibu yang sedang mengandungkan Dayana telah pergi berkelah di sebuah kawasan sungai. Meskipun tidak turun mandi, namun wanita itu tiba-tiba mengadu perutnya terasa perit lantas segera dibawa ke pusat rawatan terdekat. Mengejutkan, degupan jantung bayi tidak lagi dikesan. Selepas disuruh pulang dahulu, seorang ahli saudara lain yang lebih ‘arif’ dalam urusan benda ghaib memberitahu Dayana telah diambil oleh bunian.
gambar sekadar hiasan
Dayana akui mata hijabnya tidak terbuka sepenuhnya. Namun sejak itu, terkadang dia boleh melihat benda-benda ghaib dan ia turut berlaku saat menyertai camping di zaman sekolah menengah dahulu. Hendak dijadikan cerita, berdekatan kawasan itu ada sebuah kawasan perkuburan lama namun awalnya tiada benda aneh berlaku. Hinggalah pada jam 12 malam setelah mereka habis beraktiviti, gadis ini terpandang ke arah pusara lantas melihat entiti putih.
Fasi kata kubur tu kubur lama yang dah berusia lebih 100 tahun
Tidak cukup di situ, Dayana nampak lagi makhluk berbungkus ketika mereka semua sedang beratur untuk memasuki khemah. Namun dia cuba tenang dan akhirnya sampailah waktu untuk tidur sebelum dia tiba-tiba terasa mahu membuang air kecil. Oleh kerana enggan menyusahkan kawan lain, gadis ini nekad pergi sendiri ke tandas. Baru sahaja hendak melangkah masuk, dia ternampak lagi ‘benda’ misteri yang sedang bertenggek di atas atap toilet.
Dah nak tidur saya nak terkencing…Malas nak susahkan kawan jadi saya pergi sorang
Kredit : TikTok dayanaradzuan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply