
Susahnya Jaga ‘High Demand Baby’, Wanita Terkilan Mak Sekarang Dituduh Manja
Allah uji dengan high need baby…mak bangun pergi dapur, mandi, makan dia menangis
Setiap bayi dilahirkan dengan personaliti tersendiri, namun jenis yang berkemahuan tinggi atau ‘high demand baby’ agak mencabar untuk diuruskan kerana sentiasa perlu perhatian lebih. Samalah seperti luahan dan perkongsian oleh seorang ibu yang tular di aplikasi TikTok sebelum ini. Namun sayangnya, ramai pula yang mengkritik seolah-olah tak bersyukur selepas memperoleh anugerah zuriat.
Disebabkan turut mempunyai anak kategori ‘high need baby‘, Puan Surina Shahril Rayyan terpanggil untuk betulkan mindset dan pandangan masyarakat. Sambil berkongsi pengalaman peribadinya, surirumah tersebut akui sukar untuk melakukan banyak kerja lain apabila anak bongsunya merengek setiap kali tidak nampak kelibat ibu.
Dah banyak kali menangis sebab jiwa penat & emosi tak stabil…kalau tak duduk dalam situasi kami, janganlah kata mak sekarang manja
Meskipun si anak kini baru mencecah usia setahun, namun Puan Surina akui sudah banyak kali menangis dek jiwa dan emosinya dirasakan kurang stabil. Ujarnya, berulang kali menghadap anak menangis bahkan hampir menyebabkan dirinya naik gila. Selagi tidak pernah berada dalam situasi tersebut, dia menyeru masyarakat di luar sana agar jangan terlalu cepat menghukum orang lain.
Doa baik-baik…semoga kami yang dianugerahkan ‘anak manja’ ni dapat menjalani kehidupan dengan tenang & waras
Selain berkemahuan tinggi, anak menghidap separation anxiety setiap kali berpisah dengan ibu bapa turut boleh menjadi faktor utama. Di samping berkongsi simptomnya, Puan Surina turut berharap golongan ibu yang diuji senasib dengannya dapat menjalani kehidupan dengan tenang dan waras walaupun sesekali jiwa merapuh.
Kredit : TikTok mommysue1985 & FB Surina Shahril Rayyan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply