
Baru Sebulan Duduk Dengan Ayah, Budak 5 Tahun Tewas Di Tangan Ibu & Nenek Tiri
Difahamkan adalah angkara penganiayaan ibu serta nenek tiri
Selalu sangat kita tonton dalam drama mahupun filem, tentang kisah kanak-kanak yang telah dianiayai ibu atau bapa tiri sendiri. Bukanlah ingin menakut-nakutkan tapi sebenarnya kejadian seperti itu turut berlaku dalam dunia nyata. Malang tidak berbau, namun itulah kisah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak ini.
Dalam satu kejadian di Gorontalo, Indonesia, seorang budak perempuan berusia 5 tahun telah disahkan pergi oleh pasukan perubatan. Pemergian si kecil tersebut difahamkan adalah angkara penganiayaan yang dilakukan oleh ibu serta nenek tirinya sendiri. Kanak-kanak berkenaan difahamkan baru sahaja seminggu dihantar tinggal bersama si ayah untuk masuk sekolah.
Pelaku telah dibawa ke balai polis
Terbaru menerusi portal Kompas, kedua-dua pelaku telah pun dibawa ke balai polis berdekatan untuk disiasat. Manakala si ayah juga turut ada bersama kerana tidak menolak kemungkinan dia turut bersekongkol.
Biadap ibu tiri dan nenek tiri
Namun siapa sangka, akhirnya jasad yang terbujur kaku itu ditemui dalam keadaan yang cukup menyayat hati. Boleh dikatakan hampir keseluruhan badannya ditemui dengan kesan-kesan lebam serta calar dipercayai hasil setelah dibantai oleh pelaku-pelaku berkenaan menggunakan benda tumpul. Perutnya juga ada kesan seperti melecur.
kredit by buracho_squad
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply