Luluh Ayah Baru Lepas Dialisis ‘Dibantai’ Suspek, Anak Dedah Kronologi Sebenar

Luluh Ayah Baru Lepas Dialisis ‘Dibantai’ Suspek, Anak Dedah Kronologi Sebenar

Sebagai anak menguruskan ayah yang sedang dialisis, luluh hati ini…suspek pintas sebelah kanan bukan untuk naik jambatan, tapi jalan terus

Semalam, kita telah dikejutkan dengan kejadian seorang warga emas bertubi-tubi dikasari oleh penunggang motosikal berdekatan jejantas Padang Jawa, Shah Alam. Selepas ditahan pihak polis, suspek berusia 23 tahun berkata insiden berpunca apabila kereta dipandu oleh lelaki 61 tahun terbabit membelok ke arah kanan secara tiba-tiba.

Walau bagaimanapun, kenyataan itu disangkal oleh anak kepada warga emas tersebut. Menurut kronologi dikongsi Muhammad Azzali Zainoldin, kejadian berlaku apabila bapanya sedia membelok kereta untuk naik sebuah jambatan. Namun tanpa disedari, sebuah motosikal datang dengan laju di sebelah kanan cuba memotong kereta bapanya tetapi hendak menghala arah terus. Gara-gara itu, suspek merasa tidak selamat sekali gus terus menjerit ke arah warga emas berkenaan.

Lihat ayah keluar dari kereta, suspek terus u-turn & kembali ke kereta ayah…apalah kudrat orang tua yang baru lepas dialisis

Meskipun kedua-dua kenderaan tidak bertembung, namun suspek sanggup u-turn setelah ternampak warga emas itu keluar periksa keadaan keretanya. Selain faktor umur, Azzali berkata ayahnya juga kebetulan baru selesai buat rawatan dialisis semalam sekali gus tidak mampu melawan dalam situasi genting tersebut.

Mak & anak buah yang berada dalam kereta hanya mampu melihat…dialah satu-satunya ayah yang saya masih ada

Lebih menyedihkan, insiden itu malah disaksikan oleh ibunya serta cucu mereka yang berusia 3 tahun. Azzali kemudian berterima kasih kepada orang awam yang sudi meredakan situasi terbabit. Selesai buat laporan polis, ayahnya malah mengadu badan serta bahagian rusuknya masih pedih dek dibantai seperti dalam rakaman viral tersebut.

Kredit : Harian Metro & FB Muhamad Azzali Zainoldin via Orang Kampung Padang Jawa

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*