Terperangkap Berdua Di Lif Dengan Lelaki Kacak, Gadis Bahagia Sempat Tukar IG

Terperangkap Berdua Di Lif Dengan Lelaki Kacak, Gadis Bahagia Sempat Tukar IG

Terperangkap dalam lif dengan lelaki tak dikenali…Bukannya panik malah bahagia…5 jam stuck pun takpe

Selalunya menerusi drama atau filem, adegan terperangkap di dalam lif digambarkan sebagai situasi penuh cemas apalagi orang-orang mula sesak nafas akibat kekurangan oksigen. Namun cukup berbeza dengan kisah di bawah, seorang gadis ini menyifatkan pengalaman terkurung dalam alat pengangkutan itu ibarat sebuah ‘tuah terpijak’.

Menerusi video yang dimuat naik ke TikTok, Dinda merakamkan detik-detik ketika dirinya terperangkap di dalam lif dengan seorang lelaki tidak dikenali. Bukannya panik, malahan dia seakan-akan bahagia kerana jejaka tinggi lampai di sebelahnya itu dikatakan memiliki wajah kacak. Dalam kekecohan orang di luar cuba membuka pintu lif, dia merakamkan kenangan manis itu menggunakan telefonnya sepanjang masa.

klik video disni

Bingunglah ini musibah ataupun anugerah?…Sempat tukar akaun IG…Tak tolong pun takpe

Rakan-rakan Dinda di luar yang akhirnya mengerti situasi dalam lif juga sama-sama ikut ketawa. Siapa sangka asbab insiden itu, gadis berkenaan sempat berkenalan seketika malahan bertukar-tukar akaun Instagram dengan lelaki tadi.

klik video disni

Eh jari abang tu ada cincin…Harap bukan cincin tunang atau kahwinlah…Terjebak di hatimu…Ingatkan Afgan

Mendapat hampir 14 juta tontonan sejak dimuat naik, ramai yang merasa lucu dengan rakaman berkenaan selain berharap ada ‘perkembangan’ terbaru mengenai perkenalan 2 individu tersebut. Tidak ketinggalan, mereka juga memuji wajah lelaki berkenaan yang iras-iras dengan selebriti terkenal.

Kredit : TikTok Dinda Baik

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*