
Ustaz Kazim Buang Makeup Di Live TV, Kak Lina & Nabil Sayu Lepas Seluar Diselak
Saya tak boleh tidur malam bertahun-tahun…Hanya tidur dalam kereta (minit 4:30)
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah perumpamaan yang terlintas di kepala mengenangkan nasib Dato’ Ustaz Kazim Elias sekarang. Sebelum ini, beberapa gambar kesan makeup khas yang dimuat naik akhirnya membuka kisah lebih mendalam mengenai dugaan sihir dihadapi oleh pendakwah terkenal itu.
Bersama rancangan MeleTOP semalam, beliau hadir mendedahkan lebih banyak sisi lain mengenai kehidupannya yang masih ramai tidak tahu. Akibat kesihatan kian merosot, Ustaz Kazim akui tertekan malahan malu untuk bertemu dengan orang. Bukan tidak mendapatkan rawatan, sebenarnya beliau sudah bertemu dengan ramai pengamal perubatan. Namun mereka cuma mengatakan apa yang dialami oleh DUKE merupakan masalah kulit biasa di kalangan warga emas.
Nampak tompokan hitam…Sekarang tinggalkan parut…Saya guna bedak sejuk untuk sorok (minit 10:23)
Tidak mengharapkan simpati ramai, beliau menegaskan cuma mahu bantuan daripada pihak di luar sana yang mungkin boleh membantu. Dalam masa sama, Ustaz Kazim juga menanggalkan kesan solekan pentas sekali gus menunjukkan wajah sebenarnya sekarang. Lebih mengejutkan, beliau kemudiannya menyelak seluar dan mendedahkan kakinya yang dipenuhi tompokan hitam.
Saya tak boleh buang air sebulan…Doktor kata saluran kencing tersangkut ada 1 benda putih (Minit 15:00)
Selain itu, penceramah bebas ini turut berdepan dengan gangguan saluran kencing di mana doktor mengesahkan ada benda berwarna putih yang tersangkut. Namun anehnya apabila rawatan untuk menarik keluar dibuat, objek terbabit seakan-akan ‘lari’ dan gagal dikeluarkan sehingga sekarang.
Kredit : YouTube MeleTOP
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply