
“Walau m4ti, risau d0sa tak henti” -Ustazah Asma’ tegur artis riak tunai umrah 3x
Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai nazrul_al_bangsari, artis terbabit meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang sebanyak tiga kali untuk ke Tanah Suci sebagai tetamu Allah walaupun masih belum mengenakan hijab.
Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan seorang selebriti Malaysia telah bersiaran langsung dengan mengulas isu menutup aurat telah mengundang pelbagai reaksi warganet di media sosial.
Hukum tunai umrah sunat muakad, tutup aur4t adalah wajib
Apa yang membuatkan lebih ramai trigged adalah tindakan selebriti itu yang mempersoalkan terdapat golongan mengikut perintah Allah dengan memakai hijab tetapi perbuatan mereka tidak seiring dengan penampilan.
‘Kejujuran’ pemilik nama Saripah Raziah Mustapha itu telah membuatkan pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun terpanggil untuk memberikan sedikit teguran kasih sayang kepada artis terbabit.
Dalam perkongsian panjang lebar Ustazah Asma’ di Facebook, beliau mengingatkan mana-mana pihak supaya hati-hati dalam apa yang diberi kerana ia boleh menjadi istidraj.
Tambahnya, peluang menunaikan haji dan umrah memang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Namun, kayu ukur utama adalah perubahan yang dilakukan selepas pulang dari mengerjakan ibadah tersebut sama ada ibadah lebih baik, sama sahaja atau semakin buruk.
Ustazah Asma’ menjelaskan yang teguran-teguran diberi sama sekali bukan bermaksud mahu mengambil kerja Tuhan tetapi ia juga bukan bermakna orang lain boleh senang-senang memperkecilkan perintah Tuhan.
Dosa mengalir walau sudah mati
Di akhir perkongsian tersebut, pendakwah wanita itu meminta kita semua berfikir tentang apa yang sudah dilakukan kerana walapun sudah meninggal dunia, dosa yang mengalir disebabkan perbuatan lama tidak akan terhenti.
Tegur atas rasa tanggungjawab
Jelas Ustazah Asma’, penulisan beliau yang panjang lebar bukannya mahu mengaibkan sesiapa tetapi adalah tanggungjawab sebagai masyarakat Islam dalam menegur sesuatu yang dilihat kurang baik.
Beliau mengingatkan yang setiap rupa, kekayaan, kemasyuran, pengaruh dan pujian manusia adalah anugerah, namun jika digunakan ke jalan bercampur maksiat, ia adalah satu musibah.
Sama-sama kita ambil pengajaran dan ilmu yang diberi sebagai panduan untuk masa hadapan.
Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun, TikTok nazrul_al_bangsari
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply