
Warga Emas Dilanyak Tampil Bersihkan Nama, Nafi Tunjuk Isyarat Tak Senonoh
Berhenti sebab nak tengok keadaan kereta…lepas tu dia meluru balik ke arah saya, tak cakap banyak terus kena
Sejak insiden dilanyak penunggang motosikal di Padang Jawa Ahad lalu, seorang warga emas lelaki bukan saja pulang dengan kesan cedera. Bahkan di media sosial, dia dihentam netizen konon mencetuskan kemarahan suspek terlebih dahulu dengan menunjuk isyarat tidak senonoh. Hari ini, Zainoldin Hussain tampil memberi penjelasan sekali gus bersihkan namanya.
Mengimbas kembali detik tersebut, dia keluar dari kereta untuk memeriksa keadaan. Namun secara tiba-tiba, penunggang motosikal itu menjerit sebelum memukulnya beberapa kali. Susulan menjalani dialisis pada hari sebelumnya, Zainoldin hanya ingin pastikan lengan kirinya tidak cedera semasa bergelut dengan suspek. Hal ini kerana, ia merupakan tempat saluran tiub dialisis dimasukkan setiap kali menerima rawatan.
Saya jujur memang tidak ada buat benda begitu…tak sanggup lagi baca komen-komen berkenaan
Dalam pada itu, Zainoldin menepis dakwaan tular konon membuat provokasi dengan tunjuk isyarat kurang sopan ke arah suspek. Malah dia mengaku tidak pernah panggil penduduk kampung untuk menghentam kembali pemuda terbabit. Dalam nada sebak, warga emas berusia 61 tahun ini menyifatkan segala tomahan yang dilemparkan terhadapnya adalah sangat keterlaluan.
Saya anggap pemuda itu macam anak sendiri…kalau dia datang pun, saya maafkan dengan ikhlas
Meskipun alami kecederaan di bahagian muka, kepala, mata kiri dan rusuk, tetapi Zainoldin enggan panjangkan isu berkenaan. Selain berserah kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang, dia juga memaafkan tindakan suspek tempoh hari sambil menganggapnya seperti anak sendiri.
Kredit : FB Malaysia Gazette
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply