
Anak Melalak Hanya Mahu Susu Badan, Ibu Burnout Termenung Tak Larat Nak Pujuk
Anak taknak minum susu formula…Tak makan makanan pejal…Hanya mahu susu badan
24 jam terperap di rumah mengulang ruti yang sama setiap hari. Tahukah anda kajian membuktikan golongan suri rumah sepenuh masa cenderung bergelut dengan isu tekanan jiwa berbanding wanita bekerjaya? Tambah lagi dalam fasa membesarkan anak kecil, kadangkala mereka terasa hendak melarikan diri sebentar gara-gara sudah mengalami burnout.
Dilema yang dihadapi oleh wanita di bawah pastinya cukup dirasai oleh golongan suri rumah di luar sana. Mempunyai cahaya mata yang hampir menginjak usia 1 tahun, dia buntu kerana si kecil itu sebelum ini masih sukar menerima makanan jenis pejal dan hanya mahu menyusu badan sahaja. Seolah-olah putus harapan dan tidak tahu mahu mengadu kepada siapa, si ibu tersandar di pintu dengan renungan kosong diselangi tangisan kuat si anak.
Rasa macam helpless…Saya duduk sekejap untuk tenangkan diri
Sudah tidak berdaya hendak memujuk, dia terpaksa mendiamkan diri seketika untuk tempoh bertenang. Meskipun ada yang mempertikai dia sempat merakam detik itu, wanita berkenaan berkata tidak bermakna dia mengabaikan anak sendiri. Tak lama kemudian, dia kembali mengumpul semangat dan memeluk erat si kecil itu ke dalam dakapan.
Tengok anak menangis sedangkan diri kau pun penat & lelah…Dapat rasa apa yang dia rasa
Kredit : TikTok nhinhu01 _07
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply