
Geng TikTok lapor polis isu influencer & founder produk buat ‘marketing’ guna duit palsu
Dari kawan jadi lawan
Menjengah ke akaun TikTok influencer dan founder produk itu, masing-masing dilihat sakan berbalas kenyataan dan saling menyalahkan berhubung isu viral ini.
Hal ini susulan perjanjian mereka berkenaan drama marketing terbabit seakan menguntungkan hanya sebelah pihak dan sedang dalam usaha menyelesaikan kemelut yang mereka cipta sendiri sehingga membawa kepada laporan polis.
Tindakan kurang bijak seorang influencer dan founder produk membuat marketing dengan menjadikan isu duit palsu sebagai modal promosi baru-baru ini sememangnya sukar diterima.
Marketing sampah
Mana tidaknya, dia dan founder produk yang sakan bergaduh mulut telah menipu warganet dengan pura-pura menerima serta memberi duit palsu bagi menarik perhatian orang ramai.
Selepas beberapa hari isu tersebut menjadi sebutan, influencer tersebut telah memaklumkan yang ‘drama’ sebelum ini memang marketing mereka dan masing-masing telah membuat perjanjian untuk melakukan hal berkenaan.
Buat laporan rasa undang2 dipermainkan
Disebabkan ramai yang rasa tertipu, beberapa pengguna TikTok telah tampil menyelar tindakan kurang bijak yang dilakukan oleh dua pihak terbabit dan ada juga yang membuat laporan polis ke atas mereka.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh akaun TikTok dikenali sebagai ciksharina, seorang wartawan menggelarkan dirinya Azrul Affandi Sobry telah membuat laporan polis berhubung isu dua individu itu kerana ‘bermain’ dengan duit palsu.
Ada juga yang bersuara
Dia juga menyeru pengguna-pengguna TikTok untuk turut membuat laporan polis terhadap dua wanita tersebut kerana seakan mempersendakan undang-undang negara dan juga Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana sesuka hati membuat konten tentang duit palsu yang terang-terang satu jenayah.
Video live yang dimuat naik kembali oleh akaun ciksharina itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet dan rata-rata bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Azrul Affandi Sobry.
Ada yang dah buat report juga
Bagus macam ni, report je
Sumber: TikTok dayahae_, ciksharina, puteriisarii, whitekish.com
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply