
Tak Bai digemp4rkan letvpan b0m & berbalas tembakan, penduduk di Pengkalan Kub0r terkejut
Api marak jelas kelihatan
Malam tadi, negara digemparkan degan kekecohan yang berlaku di Pekan Tok Bai dalam Wilayah Narathiwat, di mana bunyi gegaran beberapa siri letupan b0m.
Ekoran kejadian itu, beberapa video tular di Facebook dan jelas menunjukkan api marak, selain bunyi berbalas tembakan.
Penduduk di Pengkalan Kubor turut terkejut
Menerusi ciapan oleh seorang pengguna, Haziq_Escobar, kejadian itu turut membuatkan orang ramai yang berada di kawasan sempadan Pengkalan Kubor, Kelantan tidak keruan dan terkejut sebaik sahaja mendengar bunyi balasan tembakan kerana terletak bersebelahan dengan Pekan Tak Bai.
Difahamkan, belakunya pertempuran antara anggota tentera Thailand bersama pihak yang tidak dikenali.
Dah bahaya, makin bahaya
Pun begitu,ciapan tersebut menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet dan berharap agar penduduk terdekat tidak menghampiri kawasan terbabit kerana boleh mengancam nyawa mereka tanpa disedari.
Masih belum ada maklumat lanjut
Pun begitu, setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang maklumat lanjut diterima oleh pihak berkuasa tapi sumber pasukan keselamatan Thailand mengesahkan kejadian tersebut berlaku di Pekan Tak Bai dan operasi masih lagi dijalankan.
“Operasi pasukan keselamatan masih berjalan buat masa ini (11 malam waktu Malaysia),” katanya semasa dihubungi oleh pihak Sinar Harian.
Sumber: Sinar Harian (Adila Sharinni Wahid), Facebook Shauqi Afhrah Ismail, Twitter Haziq_Escobar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply