
‘Semoga Bahagia, Selamat Jalani Hidup Baru.’ Wanita Restu Bekas Suami, Kahwini Adik Kandung
Bukan semua wanita mempunyai hati yang besar seperti wanita ini. Memang wanita ini seorang yang hebat!
‘Semoga bahagia, selamat jalani hidup baru.’ Wanita restu bekas suami kahwini adik kandung sendiri. Mulianya hati seorang kakak benarkan suami sendiri menikahi adik kandungnya.
Satu hantaran Facebook tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan kisah seorang wanita yang merestui bekas suaminya berkahwin dengan adik kandungnya sendiri, lapor laman berita Suara.com.
Semoga Bahagia
Gambar mengenai kisah tersebut dikongsikan oleh akaun Instagram memomedsos. Ia turut menyertakan dua tangkap layar mengenai hantaran yang dimuat naik oleh akaun Facebook Mama Aldy.
Selamat Jalani Hidup Baru
Pemilik akaun itu memuat naik dua hantaran yang mengucapkan tahniah kepada bekas suami dan adik kandungnya.
“Adik kandungku, semoga kau selalu bahagia bersama bekas suamiku. Selamat menjalani hidup baharu,” tulis Mama Aldy.
Gambar yang dikongsikan itu menunjukkan sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin. Bekas suami wanita itu dilihat ketawa sambil merangkul pinggang adik wanita berkenaan.
Kahwini Adik Kandung
Muat naik itu mendapat pelbagai maklum balas netizen di ruangan komen.
“Setelah berkahwin, anak wanita itu panggil ayah atau pak cik?” tulis seorang netizen.
“Kalau tak silap, adik wanita itu janda dan tinggal bersama kakaknya. Jadi, dia jatuh cinta dengan suami kakaknya. Mereka bercerai lalu bekas suaminya berkahwin dengan adiknya,” komen netizen lain. – Agensi
Wanita Restu Bekas Suami
Pada hantaran kedua, Mama Aldy juga berulang kali mengucapkan tahniah dan doa untuk mereka berdua.
“Saya ucapkan tahniah kepada bekas suami dan adik saya. Semoga awak bahagia selalu,” ujarnya.
Sumber : Kosmo Online
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply