[VIDEO] Malam Kepenatan Jaga Anak Umur 3 Bulan, Ibu Muda Tertidur Dalam Kelas

[VIDEO] Malam Kepenatan Jaga Anak Umur 3 Bulan, Ibu Muda Tertidur Dalam Kelas

Bila kau jadi ibu di usia muda

Bagi kebanyakan wanita zaman sekarang, mereka cenderung berkahwin lambat kerana terlalu sibuk dengan kerjaya. Namun takdir dan jodoh setiap hamba Allah telah disusun dengan begitu cantik. Persis kisah seorang gadis ini, dia berkongsikan mengenai kebahagiaannya menjadi ibu dalam usia yang sangat muda. Pastinya ada di luar sana ramai yang berkahwin awal dan mengalami fasa serupa, bukan?

Menerusi TikTok milik Azzalea Arissa, dia memuat naik sekeping gambar dalam selitan video menyaksikan dirinya tertidur dalam kelas. Sambil mengenakan baju sekolah lengkap, dia nampak agak letih lantas tersandar lena di atas meja dipenuhi buku.

Tertidur dalam kelas sebab malam agak penat menjaga anak

Rupa-rupanya di sebalik semua itu, dia mengalami sedikit kepenatan kerana perlu menjaga bayinya yang kini menjangkau usia 3 bulan. Persis ibu-ibu lain, dia juga turut berjaga malam dan pastinya waktu tidur sedikit terganggu. Sejak dimuat naik semalam, rakaman pendek itu sudah pun meraih ratusan ribu jumlah tontonan.

Memang sekarang orang mengata dik…Jangan risau esok dah berumur, anak kita jadi macam kawan

Melalui ruangan komen, ramai netizen memberikan pujian serta kata-kata semangat terhadap ibu muda berkenaan. Mereka juga bersetuju bahawa fasa menjaga anak kecil ini bukanlah benda mudah apalagi gadis berkenaan masih lagi bersekolah sekali gus perlu membahagikan perhatian sebaik-baiknnya.

Kredit : TikTok leaarissaa

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*