Netizen samakan fesyen Vida dengan watak dalam Dragon Ball

Netizen samakan fesyen Vida dengan watak dalam Dragon Ball

Terbaru, pemilik nama Hasmiza Othman itu sekali lagi mencuri perhatian ramai pada Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Pada anugerah berprestij itu, dia yang hadir bersama anak perempuannya Cik B mengenakan busana serba merah jambu hasil rekaan pereka fesyen tempatan Razman Razmi.

Tidak perlu dipertikaikan lagi fesyen diperagakan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida yang sering tampil menyerlah dan luar biasa sehingga mengundang kritikan warganet.

Menerusi laman Instagram, Vida memuat naik beberapa posting foto memaparkan dirinya ‘berposing’ di sekitar acara tersebut sekali gus menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengusik apabila menyamakan fesyen digayakan dengan salah satu watak dalam anime bersiri popular Dragon Ball iaitu Majin Buu.

Walaupun lebih banyak komen negatif, terdapat juga individu memuji keberanian usahawan berusia 51 tahun itu dalam mencuba sesuatu yang unik dan tidak mengambil kisah mengenai tanggapan orang ramai.

Inspirasi dari Dragon Ball ke?

Macam Majin Buu!

Makin hari makin pelik fesyen

Majin Buu mesti kuat ni

Majin Buu versi realiti

Terdahulu, AME 2021 menyaksikan penyanyi Khai Bahar dan Shila Zikir masing-masing Top Top MeleTOP Lelaki dan Wanita yang membawa pulang RM10,000 dan trofi.

Acara itu dikendalikan tiga pengacara popular iaitu Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Sherry Al hadad selain persembahan barisan artis ‘BBNU’ dan ‘lejen’.

Sumber: Instagram Datuk Seri Vida

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*