
[VIDEO] Hantaran RM400K, Majlis Kahwin Suku Suluk Di Sabah Buat Ramai Ternganga
Majlis perkahwinan suku suluk Sabah…Hantaran pengantin wanita RM400,000
Sejak semalam, sebuah majlis perkahwinan kepada pasangan bernama Mdm Ila & Encik Fauzie juga tidak henti-henti menjadi tular. Bukan sahaja tentang kos membuat dekorasi majlis, malahan jumlah hantaran bernilai RM400 ribu juga menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini. Ibarat berpadanan dengan belanja keseluruhan, acara itu ternampak sangat mewah ditambah dengan kehadiran ramai tetamu yang memeriahkan majlis.
Isu hantaran pengantin wanita serta kos untuk membuat majlis kahwin sering menjadi perdebatan hangat di kalangan masyarakat yang mempunyai persepsi berbeza. Namun oleh kerana “kahwin cuma sekali seumur hidup”, ada yang tidak kisah mengeluarkan belanja besar demi merealisasikan impian wedding of the year sekali gus mengukir kenangan termanis dalam hidup mereka.
Pengantin bak merpati dua sejoli…Ibarat anak raja & tuan puteri
Ibarat sedang berada di dalam dunia fantasi, mempelai berkenaan begitu sepadan mengenakan busana ala-ala anak raja dan juga tuan puteri. Ketibaan pengantin perempuan dengan gaun kembang ropol-ropol berwarna baby blue nan indah cukup memukau mata-mata yang melihat.
Kalah drama…Kalau di Semenanjung Malaysia, dapat beli rumah…Rezeki masing-masing, bukan semua mampu
Menerusi ruangan komen, ramai netizen seakan-akan ternganga mendengar kisah perkahwinan mewah itu. Bergantung kepada rezeki masing-masing, mereka turut berseloroh nilai hantaran berkenaan bersamaan dengan harga sebuah rumah di Semenanjung Malaysia.
Kredit : TikTok Penglipur69 & FB Ahmad Jimmy, Mdm Ila, Fau Zie
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply