
[VIDEO] Anak OKU Meraung Dimarah Bapa Murid Kelas Lain, Ibu Bongkar Hal Sebenar
Terima kasih cikgu tolong tenangkan dia…Janganlah lepas kemarahan pada dia
Menjaga anak OKU semestinya memberikan ibu ayah cabaran yang cukup besar. Tambahan lagi, terkadang masyarakat sekeliling tidak mempunyai timbang rasa untuk memahami situasi insan istimewa ini. Andai ada masalah tercetus, mereka akan melulu tuding jari tanpa mengambil tahu kisah sebenarnya persis kisah tular di TikTok ini.
Sebentar tadi, seorang ibu berkongsikan rasa duka apabila anak istimewanya dikhabarkan meraung di sekolah dipercayai mempunyai selisih faham dengan murid lain. Dalam rakaman berkenaan, seorang guru perempuan juga sedang berusaha menenangkan tantrum yang sedang dialami oleh pelajar lelaki berkenaan.
Anak saya tak buat, tapi dia masih marah…Saya pun kena tengking sampai nak naik tangan
Dalam kejadian sebenar, seorang lelaki berstatus bapa telah datang memarahi anak Puan Azura Abdullah kononnya atas sebab berebut botol air dengan anaknnya. Meskipun sudah berkata tidak membuat kekacauan tersebut, penjaga kepada murid lain itu terus menyerang tanpa usul periksa malahan cuba naik tangan. Akan tetapi, masalah telah diselesaikan secara damai dan permohonan maaf kepada ibu ini juga sudah dibuat oleh pihak isteri.
Orang memang takkan pernah faham selagi tiada di tempat kita…Moga puan tabah
Melalui ruangan komen, ramai netizen bersimpati terhadap situasi yang berlaku kepada anak syurga tersebut. Selaku ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya, mereka faham dilema dirasai Puan Azura.
Kredit : TikTok Azura Abdullah
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply