[VIDEO] Wanita Ini Cemas, Lelaki Misteri Bergelang Emas Datang Ketuk Tingkap Kereta

[VIDEO] Wanita Ini Cemas, Lelaki Misteri Bergelang Emas Datang Ketuk Tingkap Kereta

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki bergelang emas tiba-tiba mengetuk tingkap kereta seorang wanita telah mendapat perhatian ramai.

Hal ini kerana banyak kes jenayah yang kita dapat lihat berlaku tidak kira pada waktu siang ataupun malam. Sememangnya perkara menakutkan.

Zaman sekarang ini kita perlu lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling

Tambahan lagi buat wanita yang selalu berseorangan. Memang kena bawa benda yang boleh menyelamatkan diri mereka.

klik video disni

Tersengih-sengih pandang masa ketuk tingkap kereta

Menerusi video tersebut, difahamkan kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.

Wanita itu pada awalnya menunggu ketibaan suaminya sebelum secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki misteri. Lebih mencemaskan lagi adalah lelaki itu mengetuk beberapa kali cermin keretanya sambil tersenyum-senyum.
Aksi lelaki berkopiah itu sempat dirakam wanita berkenaan untuk dijadikan sebagai bukti.

Malah, dia juga merasa pelik kerana melihat lelaki itu memakai gelang emas. Dia kemudian membunyikan hon dan lelaki itu terus berlari.

“Minta duit, tapi pakai gelang emas ke tu?” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan menasihatkan agar lebih berhati-hati jika berseorangan diri.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 62.9K likes dan 1,717 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Nasib baik akak tu kunci pintu. Sekarang ini dekat mana-mana pun bahaya.

Sumber : says

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*