
Lelaki simpati ‘wedding’ sepupu, katering tak datang keluarga kalut masak sendiri
Katering tak hantar makanan
Hal ini dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai ajanreduan01 apabila memuat naik perkongsian kejadian kalut di majlis perkahwinan sepupunya.
Dalam perkongsian tersebut, dia memaklumkan yang pihak katering tidak menghantar makanan yang sepatutnya dihidangkan kepada tetamu sedangkan majlis sudah bermula.
Majlis perkahwinan merupakan majlis yang melibatkan ramai pihak terutamanya tetamu. Sudah tentu perancangan yang cukup rapi harus diadakan supaya majlis yang berlangsung berjalan dengan baik.
Namun, siapa sangka ada di antara pihak-pihak tersebut tergamak menipu dan mengambil sambil lewa sahaja majlis penting orang lain sehingga pihak keluarga terpaksa menanggung malu.
Ahli keluarga & jiran2 tolong masak
Suasana menjadi kalut dan ahli keluarga terpaksa bergotong-royong secepat mungkin untuk memastikan tetamu yang hadir dapat menjamah makanan walaupun dilakukan dalam keadaan yang sangat terburu-buru.
Tergamak buat majlis orang macam tu
Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Raa-rata menyarankan supaya pihak ahli keluarga pengantin membuat laporan polis berikutan ditipu dan dipermalukan pada hari penting mereka.
Walaupun tidak menjelaskan sepenuhnya keadaan tersebut, pengguna TikTok itu memberitahu pihak keluarga sudah mengambil tindakan undang-undang dan warganet juga amat faham dengan situasi berkenaan kerana ia merupakan sesuatu yang sangat menyedihkan di hari istimewa seperti itu.
Pagi baru telefon bagitahu tak boleh sediakan makanan
Rasa nak menangis kalau ada dekat tempat mereka
Mujur keluarga dan jiran2 tolong
Berhati2 dengan katering sekarang, banyak yang ambil sub
Sumber: TikTok ajanreduan01
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply