
Suami isteri mningg4l dunia, motosikal dinaiki dir3mpuh pemandu Myvi mabvk
Menerusi laporan dari Harian Metro, pasangan tersebut, Ezuddin Mohammad, 50, dan isteri, Surayah Muhamat, 48, yang menaiki motosikal Yamaha Ego telah dirempuh oleh pemandu di bawah pengaruh alkohol kira-kira jam 7.45 pagi tadi.
Dilanggar pemandu mabuk
Satu pasangan suami isteri dilaporkan maut selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh oleh sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Serkam Pantai, Jasin.
Mereka yang mengalami kecederaan parah telah meninggal dunia di tempat kejadian selepas insiden tersebut berlaku, manakala penunggang motosikal Yamaha Lagenda berusia 57 tahun yang turut menjadi mangsa langgar terbabit hanya mengalami kecederaan ringan.
Pemandu lelaki berusia 24 tahun
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan [email protected] Zaki Omar, kejadian itu membabitkan tiga motosikal dan sebuah kenderaan dipandu pemuda berusia 24 tahun.
Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mabuk hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
“Ketika kenderaan itu memasuki laluan bertentangan kedua-dua motosikal yang datang dari arah hadapan tidak sempat mengelak dan membrek lalu bertembung,”jelasnya.
Difahamkan, akibat daripada pelanggaran tersebut motosikal ditunggang lelaki berusia 57 tahun terbakar, manakala sebuah lagi motosikal yang diletakkan dibahu jalan turut dirempuh Perodua Myvi berkenaan.
“Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa berusia 57 tahun cedera ringan di badan.
“Pemandu Perodua Myvi yang juga operator kilang pula cedera ringan di muka,” katanya.
Dalam pada itu, Amran juga memaklumkan mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Melaka manakala dua jenazah terbabit telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber: Harian Metro (Nuraliawati Sabri), kredit foto Twitter redzuanNewsMPB
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply