
Cikgu Nancy Tebus Apa Yang Tak Pernah Rasa Semasa Zaman Kanak-kanak
Semasa mencari gambar lama, Cikgu Nancy sebak bergenang air mata. Tak jumpa gambar yang dihajatkan. Iyalah.. dulu mana ada kamera.
Walaupun hidup serba sukar, kesusahan itu tidak menjadi halangan semangat belajarnya hingga Cikgu Nancy menjejak menara gading.
Cikgu Nancy akui masa kecil banyak perkara yang tak pernah rasa semasa zaman kanak-kanaknya. Sebab itu sewaktu sambutan Hari Guru yang lalu, Cikgu Nancy mahu tebus kembali apa yang tak dapat dinikmati waktu dulu.
Pergi sekolah pun Cikgu Nancy berkaki ayam saja. Padang permainannya pula hutan dan sungai.
Cikgu Nancy Imbas Kenangan Lama Di Hari Guru
Sambutan Hari Guru di Sekolah: TEMA BACK TO SCHOOL.
Terima kasih Tuhan atas peluang ini, sekali lagi.
Semasa memilih dan mencari pakaian sekolah untuk digayakan hari ini, memori lama saya sering menerjah.
Bergenang air mata. Bermula dengan episode mencari gambar-gambar lama menggunakan pakaian seragam sekolah. Tiada gambar saya berpakaian sekolah rendah.
Kami di Ulu Belaga tahun 80-an tidak mengenal apa itu kamera. Hanya 1 sahaja yang saya jumpa, saya memakai seragam sekolah menengah semasa Tingkatan 5 tahun 1994.
Tebus Kembali Apa Yang Tak Pernah Rasa Semasa Zaman Kanak-kanak
Melalui kesempatan ini, saya ingin menebus kembali apa yang saya tidak pernah rasa semasa zaman kanak-kanak saya di SRK Long Dupah Belaga tahun 1984-1989.
1. Kami tak pernah pakai selipar ke sekolah. Apatah lagi kasut. Kami hanya berkaki ayam ke sekolah. Hari ini saya pakai kasut.
2. Tak pernah rambut panjang dan bertocang sebab susah diurus, tiada kedai gunting. Semua rambut pendek ala-ala rambut lelaki. Hari ini saya tebus.
3. Tidak pernah rasa ada botol air, sumber air kami adalah tangki air hujan di dewan makan.
4. Tiada beg sekolah, kami guna beg guni beras saja.
5. Zaman kanak-kanak tiada peluang memiliki bear, hari ni saya tebus kembali bawa ke sekolah sebagai pelajar darjah 1. Playground kami hanya hutan dan sungai sahaja.
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru sekolah rendah saya, Cikgu Anu Garing, Cikgu Goem Pijar, Cikgu Linya Ranyos, Cikgu Rose Jimbey, mendiang Cikgu Ambi Setam, Cikgu Garan Dagit, Cikgu Anthony Along.
Terima kasih juga kepada guru-guru saya di SMK Belaga, SMK Bandar Bintulu, SMK DPHAG Kuching. Dan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah saya di UKM, Bangi dan pensyarah KPLI saya di Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit, Terengganu.
TERIMA KASIH CIKGU!!!
Tanpa kalian, siapalah kami. Semoga kalian terus sihat sejahtera dan berbahagia selalu.
Jika dilihat, beruntung sebenarnya anak-anak murid sekarang. Walaupun ada yang diuji susah, masih belum dapat menandingi kesusahan yang Cikgu Nancy pernah alami ketika zaman persekolahannya.
Namun, bukan perbandingan yang mahu ditekankan di sini. Sebaliknya, hargailah setiap momen yang dinikmati di sekeliling anda. Kerana, pengalaman itulah kelak yang akan mendewasakan.
Sumber/Foto : Nancy Maria
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply