“Dia Sangat Putih Dari Saya & PU Riz”-Neelofa Dedahkan Ciri Rupa Sebenar Bilal

“Dia Sangat Putih Dari Saya & PU Riz”-Neelofa Dedahkan Ciri Rupa Sebenar Bilal

Alhamdulillah Bilal suka senyum..Orang datang rumah terus fall in love dengan senyuman manis dia (minit 3:00)

Walaupun Muhammad Bilal sudah lebih 3 bulan dilahirkan, wajah sebenar anak kepada selebriti Neelofa dan PU Riz ini masih belum didedahkan. Bukanlah hendak terlalu berahsia, namun ia merupakan langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan masalah pandangan ain yang boleh memudaratkan seorang bayi kecil.

Menerusi perbualan ekslusif bersama rancangan ‘Nona‘ sebelum ini, pengacara popular itu sempat mendedahkan sedikit ciri-ciri yang ada dalam diri Bilal. Meskipun masih lagi kecil, nampaknya anak sulung mereka sejenis yang tidak takut orang (friendly) malahan gemar tersenyum setiap kali ada tetamu datang menziarahi.

Bilal sangat putih…Lagi putih dari saya & Harris…Tak tahu datang dari mana putih dia (minit 8:15)

Berkaitan panggilan kepada Bilal pula, PU Riz sendiri menyarankan agar digelar dengan nama sebenar sahaja. Namun selaku ibu, Lofa pula gemar memberikan nama timangan comel-comel seperti ‘Meatball’, ‘Little’ Pau atau ‘Little Snowman’ memandangkan Bilal mempunyai kulit yang sangat putih.

hqdefault

Bila dengar macam ni, lagi terasa nak tengok Bilal…Neelofa pun keturunan putih-putih

pnews.space ed86fed24837d956e1e7efd18e9cb6f2

pnews.space a7dd514b83a9f6eceefff552367d2c5b

pnews.space 6667864ca41b7ff9e1038ea989729990

Mendengar petunjuk-petunjuk yang diberikan oleh Lofa, netizen semakin teruja hendak melihat wajah sebenar Bilal. Namun mengenangkan kedua-dua artis ini mempunyai rupa yang sama-sama elok, maka tidak hairanlah anak mereka juga mempunyai wajah comel.

Kredit : TikTok seorangnur & YouTube TV3 MalaysiaOfficial

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*