Isteri Rasa Tak Bersalah, 16 Tahun Tipu Rupanya 3 Orang Anak Bukan Zuriat Suami

Isteri Rasa Tak Bersalah, 16 Tahun Tipu Rupanya 3 Orang Anak Bukan Zuriat Suami

Curiga sebab makin jarakkan diri & minta nak kerja jauh…ditangkap berselingkuh di hotel

Benar kata orang, kesetiaan dalam perhubungan itu sungguh mahal harganya. Ini kerana tidak semua orang mampu berpegang pada janji walaupun sudah berkahwin sejak sekian lama. Begitu juga dengan apa terjadi kepada seorang lelaki yang diselingkuhi oleh isteri tercinta tatkala mencari nafkah buat keluarga.

Menurut Portal South Morning China Post, seorang lelaki nekad berpisah dengan isteri apabila mengetahui ketiga-tiga anak perempuan bukanlah hasil benihnya sendiri. Ketika itu, Chen berasa curiga terhadap perubahan sifat pasangannya yang berhasrat ingin bekerja jauh dari rumah. Lebih teruk lagi, wanita tersebut sempat ditangkap ketika berselingkuh dengan individu lain di sebuah hotel.

viralnewsupdates.com 6fa8826aee53e3932da8319cfa002251

Ujian DNA sahkan anak bongsu bukan zuriat kandung…tetap maafkan isteri

Rentetan kejadian tersebut, satu ujian paterniti telah dijalankan di mana hasil keputusan puteri bongsu mereka tidak berpadanan dengan DNA milik Chen. Walaupun dikhianati, lelaki berkenaan tetap memaafkan si isteri demi rumah tangga yang telah terbina selama 16 tahun. Namun, hal ini berubah setelah dua anak yang lain juga disahkan bukan zuriat kandungnya.

viralnewsupdates.com 222d755a655532009c501055901f208f

Saya tak fikir tipu dia…bagi alasan macam-macam

viralnewsupdates.com b4d14987561b7740e29127d286ffcb2f

viralnewsupdates.com 57c0469dd4aa1ee0f435bd906eba95bd

viralnewsupdates.com 54d2b11316a70749716024ad05cb315f

Bukannya insaf, perempuan itu malah menyalahkan Chen atas tindakan ingin berpisah selepas dianggap sebagai bapa selama bertahun-tahun. Malahan dia juga melabel lelaki berkenaan persis binatang kerana disifatkan tidak ada rasa simpati terhadap tiga orang puteri tersebut. Ujarnya, status pertalian tidak penting kerana ramai pasangan di luar sana turut mengambil anak angkat.

Kredit: Portal South Morning China Post & Harian Metro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*