Isu Samakan Fizikal Orang Dengan Binatang, Eira Aziera Diperintah Bayar RM100K

Isu Samakan Fizikal Orang Dengan Binatang, Eira Aziera Diperintah Bayar RM100K

Saman RM2J difailkan 13 Oktober 2020 lalu…Kini Eira perlu lunaskan tuntutan RM100K

Setahun lebih yang lalu, instafamous Eira Aziera pernah mencetuskan kontroversi susulan isu penghinaan fizikal terhadap seorang pengguna Facebook bernama Suharnizan Md Sidek. Masalah berkenaan tercetus apabila wanita itu tinggalkan sebuah komen di video siaran langsung sebelum dibalas semula oleh Eira dengan tindakan yang agak melampau. Ini termasuklah menyamakan tubuh badan Suharnizan dengan haiwan serta mendedahkan gambar anaknya.

Enggan berdiam diri, Suharnizan yang juga merupakan seorang Pesuruhjaya Sumpah nekad membuat laporan polis selain memfailkan saman sebanyak RM2 juta pada tarikh 13 Oktober 2020. Kini hampir 2 tahun berlalu, Harian Metro sebentar tadi melaporkan Eira (atau nama sebenarnya Noorazira Pissal) diarahkan untuk membayar tuntutan ganti rugi bernilai RM100,000 serta kos guaman RM30,000.

pnews.space 27cf37be738f76c2b281096645b6b38c

pnews.space 83c58efdd957655b83537ceeace383b8

Eira diperintah menyiarankan permohonan maaf di semua akaun media sosial

Hasil perbicaraan penuh di mahkamah yang berlangsung selama 5 hari (24-28 Oktober 2021) menuntut agar usahawan ini menyatakan permohonan maaf secara terbuka di semua laman media sosialnya. Apabila ia dimuat naik nanti, posting berkenaan juga harus dibiarkan selama 6 bulan tanpa sebarang syarat.

pnews.space 5f464ce5d4803dcbb054a3d2623e205d

pnews.space 184a33ce30ed60a5c8aca58a6c01774b

pnews.space 1e45b52dd5b55130c621e7854d481804

Isu body shaming menyebabkan Suhainizan alami kemurungan & trauma

Ketika video body shaming itu tular dahulu, awalnya Suharnizan tidak mengetahui apa-apa sebelum dimaklumkan oleh salah seorang kenalan. Akibat penyebaran gambarnya bersama anak tanpa izin, dia akui menerima pelbagai gangguan berupa mesej peribadi membuatkan dirinya mengalami gangguan emosi.

pnews.space 1fda30639b4c610d4b5727a86acb8178

Kredit : Portal Harian Metro & Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*