Amuk dalam hujan, duda ganggu bekas isteri keluar ‘dating’ dituduh gila talak

Amuk dalam hujan, duda ganggu bekas isteri keluar ‘dating’ dituduh gila talak

Dalam kapsyen yang disertakan, wanita tersebut memaklumkan yang bekas suami datang dan ‘meroyan’ seperti orang gila talak. Dia juga sempat berbalah dengan lelaki disebelahnya sambil menyebut perihal kereta yang dinaiki.

Jika pasangan suami isteri sudah berpisah, masing-masing seharusnya redha dan memulakan kehidupan baru tanpa perlu bergaduh lagi kerana urusan keduanya sudah selesai.

Namun, menerusi satu perkongsian yang tular di TikTok, seorang pengguna aplikasi tersebut dikenali sebagai ezangalus0 telah memuat naik video bekas suami cuba menggangu dirinya keluar ‘dating’ dengan lelaki lain.

Duda pula meroyan?

Tambah pengguna TikTok itu lagi, dia berasa terganggu kerana rancangannya untuk keluar ‘dating’ telah dikacau oleh bekas suami yang tiba-tiba naik angin.

Anak kata mak dah bercerai dekat setahun

Walaupun cerita sebenar daripada kejadian tersebut tidak dapat dipastikan puncanya, namun melihat ke ruangan komen TikTok tersebut, ada menyatakan yang mereka berbalah perihal kereta.

Satu komen daripada pengguna lain yang mendakwa dirinya anak kepada wanita tersebut memaklumkan yang kereta itu adalah kereta ibunya dan pasangan berkenaan sudah bercerai hampir 1 tahun.

IMG 1598

Janda lain banyak kenapa kejar janda sendiri

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen mengakui tidak mengetahui kisah sebenar memandangkan tiada penerangan daripada pihak pengguna Tiktok itu sendiri.

Walau bagaimanapun, mereka meminta agar lelaki berkenaan segera ‘move on’ memandangkan wanita tersebut juga sudah mempunyai teman yang lain selepas bercerai.

IMG 1599

Sebab tu jangan mudah jatuhkan talak

IMG 1600

Move on jela bang

IMG 1601

Jangan senang2 jatuhkan talak

IMG 1602

Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan yang menceritakan hal sebenar kejadian tersebut. Apa-apapun, hal rumah tangga tidak perlu dikongsikan kepada umum supaya tidak menjadi fitnah di kemudian hari.

Namun, jika ia memudaratkan, lebih elok jika kejadian sebegitu dilaporkan kepada pihak berkuasa bimbang perkara tidak diingini berlaku.

Sumber: TikTok ezangalus0

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*