Pelawak senior, Hamid Gurkha meninggal dunia jam 2.11 petang tadi

Pelawak senior, Hamid Gurkha meninggal dunia jam 2.11 petang tadi

Pelawak berusia 87 tahun itu telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang namun tidaklah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Walau bagaimanapun, menerusi Instagram Melodi TV3 sebenar tadi, khabar duka diketahui apabila pelawak berkenaan telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 2.11 petang di hospital.

Beberapa hari lepas, pelakon dan pelawak senior, Hamid Gurkha dikhabarkan dimasukan ke hospital selepas mengalami batuk berkahak.

Meninggal di HTAR

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Dalam perkongsian tersebut, doa dan kiriman bacaan al-Fatihah dititip supaya roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Doktor sahkan meninggal dunia akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain

Menurut laporan dari Harian Metro, Nor Ashita memberitahu yang bapanya disahkan meninggal dunia akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

“Pak Hamid dah tak ada. Doakan agar rohnya dicucuri rahmat. Oksigen dia tiba-tiba menurun. Tiba-tiba doktor telefon kata nak jumpa, bila jumpa saja terus doktor kata dia dah tak ada,”

“Kami reda atas pemergian arwah,” katanya.

658711 1024x805 1

Terdahulu, menerusi laporan berita, Hamid Gurkha yang mesra disapa Pak Hamid dimaklumkan berada dalam keadaan uzur dan kurang sihat.

Dia yang sudah tidak lagi aktif berlakon hanya terlantar di katil selepas mengalami masalah paru-paru setelah dijangkiti Covid-19.

Walau bagaimanapun, difahamkan allahyarham tidak mempunyai sebarang penyakit kronik dan hanya mengalami masalah pendengaran.

Apa-apapun salam takziah buat keluarga allahyarham dan al-Fatihah buat Pak Hamid.

Sumber: Instagram MelodiHarian Metro (Affan Rostam)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*