
Wajah pernah dikatakan mirip Shuk Sahar, founder Ceknon Viral mn1nggal dunia
Dia yang gemar membuat live di media sosial turut dikatakan mirip pelawak terkenal Shuk Sahar sehingga menjadi bahan gurauan netizen.
Beberapa tahun lepas, pernah tular video-video kontroversi seorang founder kosmetik yang menggelarkan diri sebagai Ceknon di media sosial terutamanya di Facebook.
Suami khabarkan Ceknon sudah tiada
Walau bagaimanapun, menerusi perkhabaran terkini Ceknon atau nama sebenarnya, Norshahadah Aisyah di beberapa posting di media sosial hari ini, ada yang memaklumkan founder kosmetik berkenaan telah meninggal dunia.
Menerusi video yang dikongsikan suaminya di TikTok sabarituindah24434, dia mengesahkan isterinya telah meninggal dunia pada pukul 3.45 pagi tadi.
Tak akan buat live semasa upacara pengebumian nanti
Suami kepada Ceknon yang sinonim dengan pakaian yang berwarna merah jambu dan rambut blonde ketika melakukan siaran langsung di Facebook atau TikTok untuk mempromosikan produk kosmetiknya juga memaklumkan yang dia tidak akan membuat sebarang live semasa upacara pengebumian isterinya nanti.
Mohon maaf andai isteri ada kesalahan semasa hidup
Dalam pada itu, dia bagi pihak arwah isteri memohon orang ramai yang mengenali allahyarham supaya dapat memaafkan segala kesalahannya.
Difahamkan, allahyarham dikatakan mengalami jangkitan kuman di otak selepas dimasukan ke Hospital Kajang setelah tiga ke empat hari mengalami cirit birit sehingga doktor terpaksa menidurkannya.
Perkongsian tersebut sememangnya mengejutkan banyak pihak terutama warganet yang mengikuti founder produk berkenaan di media sosial.
Dia yang kerap melakukan live di Facebook dan TikTok mempunyai pengikut yang tersendiri walaupun kadang kala video allahyarham berpakaian kurang disenangi ramai.
Ramai yang zahirkan dukacita
Walau bagaimanapun, rata-rata mendoakan agar allahyarham Ceknon ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berharap ahli keluarga yang ditinggalkan berada dalam keadaan sabar mengharungi berita duka ini.
Salam takziah.
Sumber: TikTok sabarituindah24434, Facebook Lin Qurnia, KJ Nilam, Norshahadah Aisyah
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply