Belum Reda Sayu Pantang Tanpa Bayi, Jahitan Czer Si Ibu Dibuka

Belum Reda Sayu Pantang Tanpa Bayi, Jahitan Czer Si Ibu Dibuka

Perit ya berpantang tanpa baby…bukan tak reda, tapi rindu anak yang dipinjamkan 4 hari je

Melahirkan anak merupakan anugerah terhebat kurniaan Allah SWT buat para ibu, melebihi segala kemewahan lain yang terdapat di dunia. Pun demikian, tidak semua wanita ditakdirkan untuk menjalani proses tersebut dengan mudah kerana realitinya ada yang ditimpa banyak dugaan besar seperti kisah ibu muda berusia 24 tahun ini.

Sekitar awal pagi 4 Jun lalu, Meera terpaksa melahirkan anak sulungnya melalui prosedur Czer kecemasan susulan kandungannya tidak menunjukkan gerakan aktif sehari sebelum itu. Meskipun berjuang di dalam NICU, namun anak syurga yang diberi nama Aisy Anaqi tersebut menghembuskan akhirnya nafas terakhir di dalam dakapan ibunya. Sehingga kini, wanita berkenaan akui perit berpantang tanpa bayi dek terlalu rindu.

bukka 4

Menggigil & meraung masa nurse buka satu persatu benang Czer…luar dalam kena jahit, tapi luar kena buka balik

Belum reda sayu pemergian itu, Meera bahkan dipanggil semula ke pusat perubatan untuk buka jahitan Czer pula selang 10 hari berikutnya. Pengalaman tersebut disifatkan sangat perit, sehingga meraung serta menggigil sepanjang dikendalikan oleh seorang nurse. Ujarnya lagi, proses ini bergantung pada jenis jahitan dan hanya dibuka sekiranya kesan Czer tersebut didapati sudah sembuh.

klik video tiktok disni

Salam takziah, moga cepat sembuh…proses ni memang perit, pernah jerit 1 floor dengar

se ram 4

se ram 3

se ram 2

se ram 1

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan ujian yang menimpa ibu muda tersebut di samping mendoakannya agar kembali sembuh. Tidak ketinggalan, mereka turut berkongsi pengalaman ‘seram’ masing-masing sewaktu jahitan Czer dibuka hidup-hidup.

Kredit : TikTok meerakhan__

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*