Paramedik Sukarelawan Palestin Berhati Malaikat, Syahid Ketika Bertugas

Paramedik Sukarelawan Palestin Berhati Malaikat, Syahid Ketika Bertugas

Mengenali sosok seorang gadis, semuda 21 tahun ini terasa kerdil bagi kita seorang yang lebih berumur apabila melihat perjuangan sepanjang hayatnya. Razan Al-Najjar adalah seorang paramedik sukarelawan Palestin dari badan kemanusiaan My Care yang berkhidmat di Gaza.

Ungkapan seperti, “Nanti dah tua aku bertaubatlah”, tidak mungkin akan berlaku sekiranya tidak mendapat dorongan dari Allah SWT juga. Waktu muda inilah saatnya untuk giat memperbanyakkan amal agar ketika tua nanti, tubuh badan, dan hati sudah seiring untuk mengerjakannya sebagai rutin. Hal ini kerana, sifat istiqamah melakukan pahala sudah lama kita pupuk sejak muda lagi.

Untuk melihat generasi Islam yang terbaik, adalah yang tidak mensia-siakan waktu mudanya. Usia muda sebenarnya bukanlah tiket untuk bersenang lenang sahaja sehingga menolak tepi segala tuntutan agama yang wajib dilakukan. Kisah seorang paramedik sukarelawan Palestin ini sungguh mengispirasikan untuk diambil ikhtibar.

Siapa Razan Al-Najjar?

Gaza, sebuah negara yang cukup terkenal dengan konflik peperangannya yang masih berdarah sehingga hari ini. Beliau menambur bakti di Hospital Naseer, Khan Younis.

Walaupun disebut dengan panggilan hospital, namun keadannya di sana bukanlah seperti yang disangka. Tiada penghawa dingin, mesin-mesin yang canggih, bahkan untuk merawat pesakit terpaksa menggunakan ubat-ubatan yang terhad.

Razan yang merupakan anak pertama dari enam beradik ini, sudah terbiasa turun padang merawat pesakit di kawasan perang kerana beliau membesar dalam kancah peperangan.

Dari kaligrafi ke paramedik

Gadis berhati malaikat ini sama sahaja seperti kebanyakkan rakyat Palestin yang lain. Di mana beliau tidak mempunyai kewangan, dan kemampuan yang cukup untuk menyambung pelajaran sungguh pun mempunyai keputusan yang cemerlang.

Oleh kerana itu, beliau mengambil kursus kaligrafi, seterusnya latihan kejururawatan, dan akhirnya membolehkannya menjadi seorang sukarelawan paramedik.

Ribuan rakyat Palestin menghadiri pengebumian Razan termasuk pekerja perubatan, dan rakan-rakannya

Dalam sebuah hadis, Rasululllah SAW ada bersabda tentang salah satu tanda seseorang itu husnul khatimah adalah meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredhaan dia Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredhaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga.” – (Hadis Riwayat Ahmad)

c1f0

Razan, yang selama 10 minggu bekerja merawat orang-orang yang tercedera semasa demonstrasi besar-besaran ‘Great March of Return‘, akhirnya syahid ditembak di bahagian dada pada hari Jumaat, bulan Ramadan semasa protes berlangsung.

Pada hari yang sama pengebumian Razan, bapanya, Ashraf telah membawa uniform puteri sulungnya yang dipakai sebelum ditembak, dan masih berlumuran darah.

“Bidadari saya meninggalkan tempat ini, dia kini berada di tempat yang lebih baik dan saya akan merinduinya. Semoga rohmu tenang di sana anak perempuanku yang cantik,” katanya.

Ashraf mengenang balik masa lalu yang manis bersama-sama Razan, dia mengulangi kata-kata anaknya, “Saya mahu menyampaikan pesan kepada dunia bahawa tanpa senjata juga saya boleh melakukan sesuatu untuk agama, dan tanah air saya.”

Sedangkan ibu Razan, Sabreen masih percaya bahawa anaknya meninggal dunia, dan ditembak bukan kerana insiden tidak sengaja tetapi adalah perancangan dari tentera zionis sendiri.

“Anak perempuan saya adalah sasaran penembak tepat Israel. Peluru itu ditembak dan dilepaskan terus ke dadanya, itu bukan peluru rawak,” kata Sabreen sambil menangis ketika ditemu bual Middle East Eye.

Kata-kata terakhir yang diucapkan sebelum ditembak

“Saya akan berasa sangat malu jika saya tidak di sini untuk membantu warga Palestin. Sudah menjadi tugas, dan kewajiban saya untuk membantu mereka yang terluka.” Itulah kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Razan ketika ditemu bual oleh wartawan Al-Jazeera beberapa bulan sebelum beliau ditembak mati oleh zionis.

Ungkapnya lagi, “Boleh sahaja jika saya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan. Apabila setiap hari ada yang gugur di Gaza, sesungguhnya mereka itu lebih mulia dari saya. Saya harap untuk syahid seperti mereka.”

Menurut ibunya, Razan selalu pulang ke rumah dengan darah yang masih basah di uniformnya. Bahkan beliaulah yang akan menjadi orang terakhir yang meninggalkan tapak protes ketika semua orang sudah mula beransur untuk pulang.

Semangat srikandinya ini telah menarik perhatian terhadap protes di Israel melalui mesej sebagai seorang paramedik di sana.

“Kami menyaksikan banyak serangan oleh tentera Israel – paramedik, dan wartawan turut disasarkan,” kata Razan.

“Saya menyeru dunia untuk tengok, dan lihat sendiri kenapa tentera Israel mensasarkan kami. Kami tidak melakukan apa-apa. Kami hanya menyelamatkan orang yang cedera, dan menyembuhkan luka mereka.”

Tidurlah wahai bidadari, Allah Lebih Menyayangimu

1024px

Tinggalkan ibu, ayah, rakan-rakan, dan ramai lagi penduduk Gaza yang memerlukan bantuannya sebagai paramedik sukarelawan Palestin. Lalu memilih untuk bersemadi dengan tenang di sisi Allah SWT. Mungkin Allah SWT tidak mentakdirkan beliau berjodoh dengan bakal tunangnya, Izzat Shatat, 23 tahun iaitu seorang pekerja sukarelawan ambulans.

Tetapi pasti, dan yakin beliau akan menerima jodoh yang terbaik di dalam Syurga kekal abadi.

“Dia membantu semua orang. Dia tidak pernah menolak untuk membantu. Dia adalah orang pertama yang berlari kepada sesiapa sahaja sejurus mereka ditembak,” kata tunangnya sambil menangis.

Tidurlah dengan lena, dan bergembiralah wahai syahidah, sesungguhnya Allah SWT mengambil kamu dalam keadaan yang sungguh bersedia, dan mulia.

Setiap daripada kita mesti merasai dalam diri bahawa kita adalah pejuang sebagaimana kata-kata Saad bin Abi Waqas,

“Aku adalah anak panah daripada anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam.”

Sumber: Says.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*