Anak Menangis Result SPM Tiada A, Ibu Jadi Saksi Belajar Sampai Tidur Atas Meja

Anak Menangis Result SPM Tiada A, Ibu Jadi Saksi Belajar Sampai Tidur Atas Meja

Balik dari ambil keputusan menangis je…tahniah anak ibu, A bukan segalanya yang penting dah usaha

Seperti diketahui umum, hari ini merupakan detik bersejarah bagi calon-calon SPM 2021 yang habis-habisan berjuang pada Mac lalu. Walaupun ramai pulang dengan muka penuh gembira, namun jangan disisihkan juga perasaan anak-anak yang dapat keputusan kurang memberangsangkan.

Menerusi platform TikTok, tular sebuah klip video yang memaparkan gelagat seorang calon SPM menangis selepas terima slip keputusannya. Walaupun tidak berjaya dapatkan sebarang A dalam peperiksaan tersebut, tapi Noor Ismail tetap berbangga dengan result yang diperolehi anak perempuannya.

Tak sanggup tengok dia menangis lihat kawan-kawan dapat A…ibu tau perit belajar sampai tidur atas meja

Paling sebak, si ibu malah perasan gadis tersebut mengalirkan air mata sewaktu melihat kawan-kawan lain dapat gred A dalam keputusan mereka. Noor Ismail bahkan menjadi saksi anak perempuannya sudah berusaha sehabis mungkin sehingga pernah tidur di atas meja belajar. Pun begitu, dia tetap memujuknya bahawa ia bukanlah bermaksud gagal selamanya.

klik disni Video tiktok 

Faham sebenarnya lebih pada tak dapat gembirakan mak ayah…ini baru permulaan dik, usaha lagi kejar kejayaan

spiem 4

spiem 2 1

spiem 2

spiem 1

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memahami mengapa gadis tersebut bersikap sedemikian rupa. Namun begitu, mereka tetap menasihatinya agar jangan putus asa sebaliknya melangkah kuat lagi di masa akan datang. Secara keseluruhannya, klip video berkenaan telah meraih lebih 60 ribu views setakat ini.

Kredit : TikTok arengahismail

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*