
LGBT bertopengkan animasi – Asma Harun
Asma menerusi perkongsian hantaran di akaun Instagram miliknya berkata, hal itu akan memberikan kesan negatif lebih-lebih lagi kepada golongan kanak-kanak selaku penonton kartun.
Pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun menentang penayangan filem animasi terbitan Disney, Lightyear di negara ini.
“lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bertopengkan animasi. Allahu Akbar. Bayangkan betapa besarnya kesan dan akibat daripada tindakan ini kerana filem mereka banyak ditonton oleh golongan kanak-kanak.
“Sungguh, ini bukanlah perkara remeh yang harus dibisukan kerana ia secara terang bukan sahaja bertentangan agama malah fitrah manusia itu sendiri,” katanya.
Asma turut memberitahu hampir kebanyakan negara tidak mempunyai perundangan yang tegas untuk menghalang kegiatan LGBT.
“Antaranya Amerika Syarikat, Belanda, Kanada, Jerman, dan Perancis. Bahkan kita dapat lihat sendiri kegiatan mereka semakin berleluasa dalam negara ini.
“Bagi negara bukan Islam yang menyekat LGBT ialah Singapura (dua tahun penjara), Sri Lanka (10 tahun penjara) dan Myanmar (20 tahun penjara).
“Terdapat lagi negara lain yang turut mempunyai perundangan bagi menyekat gejala LGBT,” katanya.
Untuk rekod filem ini diharamkan di 14 buah negara seperti di Timur Tengah, Arab Saudi, Lubnan, Kuwait, Mesir, kemudian diikuti negara Asia seperti Indonesia, Malaysia dan China.
Manakala Singapura pula tidak membenarkan tayangan filem ini kepada remaja di bawah usia 16 tahun.
“Syabas dan tahniah kepada pihak yang mengambil tindakan segera,” katanya.
Sumber : utusan online
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply