Di Tendang Semasa Menunggang Motor ‘Tak Mudah Terima Kenyataan Hilang Tangan.’ Walaupun Pahit Hidup Perlu DiTeruskan

Di Tendang Semasa Menunggang Motor ‘Tak Mudah Terima Kenyataan Hilang Tangan.’ Walaupun Pahit Hidup Perlu DiTeruskan

“Saya belum memaafkan pelaku yang membuatkan saya kehilangan tangan kanan, namun saya cuba untuk tidak memikirkannya lagi kerana tiada guna untuk menangis kerana ia sudah terjadi.- Siti Nur Azizah.

Jelas Siti Nur Azizah, dia kini menjalankan perniagaan barangan kosmetik dalam talian dengan bantuan ibunya Roslinawati Ya, 39, sebagai salah satu sumber pendapatan keluarganya.

‘Tak mudah terima kenyataan hilang tangan.’ Walaupun pahit hidup perlu diteruskan, gadis ini sedaya-upaya melakukan apa yang termampu untuk mencari pendapatan untuk keluarga.

Walaupun pahit untuk menerima kenyataan kehilangan tangan kanan, peniaga dalam talian Siti Nur Azizah Syafriadi, 18, perlu tabah menjalani kehidupan demi keluarga tersayang.

Ternyata biarpun menempuh ujian yang cukup berat dalam hidupnya, gadis ini mampu bangkit dan mencari jalan terbaik untuk membantu keluarganya.

Tak Mudah Terima Kenyataan

Hilang Tangan

“Sejujurnya, saya cuba untuk kembali gembira seperti dahulu walaupun tragedi pada 26 Ogos tahun lalu masih tebal dalam ingatan.

“Saya belum memaafkan pelaku yang membuatkan saya kehilangan tangan kanan, namun saya cuba untuk tidak memikirkannya lagi kerana tiada guna untuk menangis kerana ia sudah terjadi.

“Sebelum ini, saya juga tidak pernah menangis mengenangkan tragedi itu, tetapi hanya menangis disebabkan kesakitan di bahagian kecederaan,” katanya.

Walaupun Pahit

Cerita Siti Nur Azizah ketika menerima kunjungan wakil Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR), Johan Rozali-Wathooth di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang, semalam.

Menurutnya, selepas kisahnya disiarkan, dia menerima panggilan daripada beberapa pihak yang ingin membantu dalam pelajaran dan kewangan.

“Ada beberapa pihak yang datang dan bincang bersama ibu bagaimana mereka boleh membantu saya meningkatkan kemahiran berniaga.

“Selain itu, sekarang saya fokus untuk membantu keluarga supaya dapat sumber hasil pendapatan usaha saya sendiri,” katanya.

Hidup Perlu DiTeruskan

Sementara itu, Johan berkata, pihaknya tergerak hati mahu membantu keluarga Siti Nur Azizah selepas mendengar kisahnya daripada salah seorang penerima biasiswa YTAR.

“Azizah adalah seorang remaja yang cekal dalam menghadapi cabaran hidup selepas kemalangan yang menimpa dirinya.

“Saya berharap bantuan yang diberikan ini dapat membantu Azizah dalam mencetus minatnya dalam bidang keusahawan kecil,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan tangan kanan Siti Nur Azizah terpaksa dipotong hingga paras bahu susulan kecederaan dalam kemalangan bersama teman lelakinya, tahun lalu.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam, motosikal Yamaha Y15ZR yang dinaiki mereka ditendang penyamun di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, menyebabkan kedua-duanya terjatuh.

Semoga Allah mempermudahkan urusan gadis ini dan dia dapat bekerja bagi menampung keperluan keluarganya.

Sumber: myMetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*