Rahsiakan Barah, Adibah Noor ‘Pergi’ 3 Hari Lepas Tweet Pemergian Hamid Gurkha

Rahsiakan Barah, Adibah Noor ‘Pergi’ 3 Hari Lepas Tweet Pemergian Hamid Gurkha

Datin Emylia antara yang terawal sahkan pemergian Adibah Noor jam 6.30 petang tadi

Sekitar minggu lepas, penyanyi dan pelakon kegemaran ramai iaitu Adibah Noor baru sahaja mengejutkan umum dengan penampilan imej yang terbarunya. Namun pada tanggal 18 Jun hari ini pula, kita telah dikejutkan sekali lagi dengan berita pemergiannya.

Terdahulu, berita duka tersebut disahkan oleh isteri Datuk AC Mizal, iaitu Datin Emylia Rosnaida menerusi laman media sosialnya. Difahamkan Allahyarhamah Adibah Noor, menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat barah ovari tahap 4 sekitar jam 6.30 petang tadi pada usia 52 tahun.

Baru tweet tentang pemergian Allahyarham Hamid Gurkha…tak sangka pergi 3 hari berselang

Hasil tinjauan di Twitternya mendapati Adibah Noor baru aktif melayari laman sosial tersebut sekitar siang tadi. Paling menyentuh hati, para peminat tidak sangka bahawa penyanyi ‘Terlalu Istimewa’ itu pula ‘pergi’ selepas 3 hari tweet tentang berita pemergian Allahyarham Hamid Gurkha.

downloade 1

Beliay biarkan dirinya diketawakan kerana makin slim…tanpa beritahu sesiapa tentang masalah dipendamnya

WhatsApp Image 2022 06 18 at 9.03.25 PM

7918387582 0212b00c81 z

Antara yang pihak yang turut bersedih dengan kehilangan permata seni negara itu adalah penulis Khairul Hakimin Muhammad. Selain pernah bekerjasama dengan Allahyarhamah, dia turut memuji keperibadian Adibah Noor yang sanggup merahsiakan tentang masalah kesihatan dialaminya daripada umum selama ini.

Kredit : IG emyliadac, Twitter adibahnoor & FB Khairul Hakimin Muhammad

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*