
C3ria Bertuk4r Pilu, Remaja M4ut Kemal4ngan Ketika Beli Kek Pada Hari Lahir Sendiri
Remaja maut kemalangan ketika beli kek pada hari lahir sendiri, demikianlah kitaran hidup yang bermula dan berakhir ‘tepat’ pada waktunya.
Seorang remaja berusia 16 tahun maut akibat kemalangan jalan raya semasa keluar membeli kek bagi persiapan majlis sambutan hari lahirnya sendiri baru-baru ini.
Memetik perkongsian dari laman Facebook Pertubuhan Kebajikan Amal Jalanan (PKAJ), arwah meninggal dunia selepas terlibat kemalangan yang berlaku di sebuah lampu isyarat berdekatan stesen minyak.
Difahamkan, pada awalnya arwah keluar dari rumah untuk membeli kek hari jadinya yang bakal disambut pada hari berkenaan bersama keluarganya.
Dalam masa sama, ibunya pada ketika itu sedang membuat persiapan juadah untuk menyambut hari yang penuh bermakna buat anaknya itu.
Namun ajal itu tidak mengenal waktu. Arwah ditakdirkan kembali ke Rahmatullah pada tarikh yang sama dia dilahirkan 16 tahun yang lalu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berita menyayat hati ini, mari kita selami dengan lebih mendalam lagi menerusi perkongsian dari laman Facebook Pertubuhan Kebajikan Amal Jalanan-PKAJ.
Maut Sebelum Menyambut Hari Lahir
Jenazah 81 ( L ) إِنَّا ِللّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رٰجِعونَ
“Hai jiwa yang tenang tenteram (muthmainah)! kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai! Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurgaKu…”
(Al-Fajr: 27-30)
15 Jun/ 03.55 petang, terima khabaran duka dari waris untuk menguruskan jenazah anak di HUKM untuk dibawa ke Masjid Segambut. Almarhum berusia 16 tahun meninggal akibat kemalangan jalan raya di lampu isyarat Petronas Pudu.
Arwah dikatakan keluar rumah untuk membeli kek hari jadinya pada 15/6 untuk disambut bersama keluargannya dan ibunya sedang membuat persiapan untuk hari jadinya di rumah dengan menyiapkan juadah tidak menyangka ini akan menjadi persiapan akhir untuk almarhum. Namun Allah sebaik-baik perancang tanpa kita mengetahui apa yang akan berlaku.
5.00 petang PKAJ tiba di bilik mayat dan ayah kepada arwah menjalankan pengecaman terhadap anaknya..syukur segala Allah permudahkan. 5.45 petang jenazah tiba di Masjid Ubudiah bagi menjalankan urusan mandian kafan dan solat.
6.35 petang, urusan pengebumian selesai dilakukan serta dibantu sahabat-sahabat almarhum di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar Segambut.
Alhamdulillah segalanya Allah permudahkan dari awal hingga akhir. Maafkan kami andai ada terkasar bahasa yang sedar atau tidak terlebih terkurang sewaktu pengurusan dijalankan. Bersamalah kita sedekahkan Al-fatihah ke atas almarhum.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
“Allohummakhtim lanaa bil islaam, wakhtim lanaa bil imaan, wakhtim lanaa bihusnil khootimah”
Ya Allah, akhirilah hidup kami dgn Islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah (akhir yang baik).
Infaq pengurusan jenazah PKAJ:
564342626865 maybank
( Aj seven empire )
egala infaq yang anda beri akan digunakan bagi pengurusan jenazah yang akan datang. (INFAQ ANDA ASAS KEKUATAN KAMI MENJALANKAN AMAL FARDU KIFAYAH) moga Allah melimpahi rahmat kepada penginfaq semua.
Difahamkan, Pertubuhan Kebajikan Amal Jalanan-PKAJ menjalankan perkhidmatan ‘seikhlas hati’ dalam apa jua keadaan. Semoga segala urusan sentiasa diberkati.
Sumber: Facebook Pertubuhan Kebajikan Amal Jalanan-PKAJ via siakapkeli
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply