“May4t Tinggal Tulang” 21 Tahun Lelaki Ini Tinggal Bersama May4t Isteri.’ Akhirnya Bersedia Untuk Berpisah

“May4t Tinggal Tulang” 21 Tahun Lelaki Ini Tinggal Bersama May4t Isteri.’ Akhirnya Bersedia Untuk Berpisah

Sebelum ini, dia menghabiskan banyak masa di rumah itu untuk tidur tetapi akan bercakap dengan jasad isterinya seperti wanita itu masih hidup.

“21 tahun tinggal bersama mayat isteri.’ Akhirnya lelaki ini bersedia untuk berpisah dengan cinta sejatinya. Ini mungkin caranya untuk menunjukkan rasa cinta dia pada isteri yang telah lama pergi.

Biarpun sedih namun akhirnya lelaki ini membuat keputusan yang terbaik untuk mengebumikan mayat isterinya yang telah meniggal sejak bertahun-tahun lalu.

21 Tahun Tinggal

Cinta sejati menyebabkan warga emas ini tinggal bersama mayat isterinya selama 21 tahun di kediaman mereka di bandar Bang Khen di Thailand.

Bagaimanapun, Charn Janwatchakal, 72, akhirnya bersedia berpisah dengan jasad insan kesayangan itu dan membenarkan ia disemadikan pada 30 April lalu.

Upacara pengebumian dilakukan dengan bantuan Yayasan Phet Kasem Bangkok, malah video dan gambar mengenainya turut dikongsikan di media sosial.

Bersama Mayat Isteri

Daripada perkongsian itu, kelihatan Charn menangis dan sama-sama mengangkat keranda isterinya.

Dia juga kedengaran berbicara di sisi jasad, “awak hanya pergi melakukan urusan seketika dan akan pulang ke rumah semula. Ia tidak akan mengambil masa lama, saya janji.”

Akhirnya Lelaki Ini

Charn tinggal dengan jasad isterinya yang diletakkan dalam keranda di rumah kecil yang kelihatan seperti stor dan tidak mempunyai bekalan elektrik.

Dia menghabiskan banyak masa di rumah itu untuk tidur tetapi akan bercakap dengan jasad isterinya seperti wanita itu masih hidup.

Charn juga mengisi masa lapang dengan memelihara kucing dan anjing di sisi kediamannya.

Bersedia Untuk Berpisah

Charn menghubungi yayasan untuk bantuan menguruskan pengebumian kerana bimbang isterinya tidak mendapat upacara sewajarnya sekiranya dia meninggal dunia.

Yayasan turut membantu warga emas itu mendaftarkan kematian isterinya dan mengambil sijil kematian yang didaftarkan pada 2001.

Difahamkan, tiada tindakan akan dikenakan ke atas Charn kerana menyimpan mayat itu.

Betul-betul cinta sejati hingga sanggup tinggal bersama mayat isteri selama 21 tahun.

Sumber : myMetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*