
Bangga Buat Content TikTok, Ibu Tetap Bahagia Meski Rumah Dihina Hampir Roboh
Tidak semua dilahirkan dalam keadaan senang, namun ia juga bukanlah alasan untuk tidak kekal bahagia. Begitulah kisah seorang ibu yang terkenal dengan content mencuit hati di laman TikToknya. Biarpun hidup dalam serba kekurangan, dirinya masih tabah meneruskan kehidupan serta membesarkan anak-anaknya. Malah dia sering menunjukkan pekerjaan hariannya di rumah tanpa sekalipun mengeluh.
Dalam sibuk membuat video setiap hari, individu itu sempat ditanya mengenai botol berisi air yang memenuhi kediamannya. Jelasnya, ia hanyalah simpanan untuk pelbagai kegunaan termasuklah mencuci pakaian serta mandi. Malah, rumah mereka juga difahamkan sering sahaja terputus bekalan air menyebabkan dia perlu menyimpannya dalam kadar yang banyak.
Air dalam botol ni kegunaan harian setiap hari basuh kain
Tak berduka dan tak berbangga sebab ini hanya pinjaman Allah…syukur
Di sebalik penerangannya itu, terdapat pula netizen yang seakan-akan menghina keadaan rumah wanita tersebut seperti hendak roboh. Bagaimanapun, dirinya tidak pernah terguris dengan ucapan berkenaan selain tetap bersyukur dengan nikmat diberi. Malah, dia mengakui hanyalah insan biasa yang tidak pernah lari daripada berbuat kesilapan.
Kadang sedih tengok orang komen pada akak ni…kaya tak boleh beli kebahagiaan, tapi suka tengok sis selalu ceria
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa tidak puas hati akan segelitir pihak yang gemar berfikiran negatif. Malah, mereka juga tetap memberikan sokongan selain berharap agar insan itu terus bahagia dalam kehidupannya.
Kredit: TikTok yoonachiee
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply