
Dia bagi salam depan umah datang nak jual cendawan tiram.
Saya kat dalam pada mulanya tak nak beli. Tapi agak lama dia depan umah sambil duduk & bagi salam tak putus-putus.
Saya buka pagar & tengok air muka, Ya Allah Kesiannya…tanya dah makan belum,katanya belum. Saya tanya nak makan tak? Dia kata nak…Saya pelawa masuk & ajak makan Kuey Teow goreng (masak untuk sarapan pagi tadi) Alhamdulillah habis.
Saya sempat tanya dia masa makan. Tinggal mana? Ayah & mak ada tak? Ayah kerja apa? Sekolah ke tak? Katanya tinggal kat Cahaya Baru. Ayah kerja Rela. Mak ada tapi kerja kat Pahang.
Balik seminggu sekali.
Adik-adik pun ada lagi, sorang darjah 5 jual cendawan juga tapi kawasan lain. Dia sekolah lagi…darjah 6 tapi katanya ayah suruh cuti arini suruh jual cendawan…Allahuakbar umur lebih kurang anak saya je ni,tapi dah berkorban tolong keluarga
Mungkin Allah sedang menguji keluarga ini, tapi dalam tak sedar Allah sedang menguji saya juga…Kadang Allah nak uji kita melalui orang lain
Semoga sentiasa dilimpahkan rezeqi untuk adik ni Kalau ada terjumpa adik ni,beli lah walaupun 1. Kesian sebenarnya
Sumber: FB Rosmaliana Roslan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply