
Tular Murid Ikut Trend Pakai Cincin, Pakar Motivasi Luah Kesal -“Nak Ajar Apa?”
Murid tadika ikut trend sarung cincin dikecam ramai
Umum mengetahui, TikTok adalah salah satu aplikasi yang semakin melonjak sejak akhir-akhir ini. Malah, ia juga menjadi pencetus berlakunya pelbagai trend terkini sehingga ramai mula terjebak untuk menghasilkan video. Namun jika platform ini ‘disalahguna’, mungkin ia akan memberikan nilai yang buruk kepada generasi muda.
Begitu jugalah video yang tular di media sosial sejak semalam mengenai aksi dua murid tadika cuba lakonkan trend ‘sarung cincin’. Menerusi klip itu, aksi kanak-kanak tersebut dikatakan telah disuruh oleh gurunya hanya untuk hasilkan content. Bagaimanapun, perbuatan berkenaan nampaknya tidak disenangi oleh warganet sehingga ada yang nekad memberikan kecaman.
Cikgunya tak ada kerja lain ke…demi secebis content sanggup gunakan budak-budak
Pada masa sama, seorang pakar motivasi iaitu Akhi Fairuz Al-Jengkawi turut tampil mengulas mengenai isu tersebut. Menerusi hantaran di laman Facebook, lelaki itu berasa kesal terhadap sikap tenaga pengajar berkenaan yang selamba menggunakan budak-budak sebagai content videonya. Malah, ia juga seperti menggalakkan para pelajar untuk saling bersentuhan antara satu sama lain.
Nak normalisasikan budaya couple pada budak sekecil ini?…generasi apa yang kau cuba bangunkan
Tambahnya lagi, individu itu akui perbuatan yang dilakukan juga dikira tidak beretika dan melampau. Malah, budaya couple yang cuba dinormalisasikan mampu beri kesan kepada generasi muda pada masa akan datang. Biarpun terdapat laporan menyatakan dua murid tersebut adalah sepupu, namun Akhi Fairuz tetap mempersoalkan bentuk ajaran yang cuba disampaikan kepada mereka.
Kredit: Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply