Rafidah Ibrahim Tabah. Janin Kandungan 4 Bulan Gugur Atas Tapak Tangan.

Rafidah Ibrahim Tabah. Janin Kandungan 4 Bulan Gugur Atas Tapak Tangan.

Kalau selaput di serviks terus terbuka, kami terpaksa merelakan pemergian bayi ini

Sebelum ini, Rafidah sangat terbuka berkongsikan tentang perkembangan kandungannya kepada umum. Walaupun teruja zuriat yang bakal lahir nanti akan menjadi penyeri hidup mereka, dia pernah mengalami komplikasi serviks terbuka dan kekurangan air ketuban. Doktor juga sempat memaklumkan mengenai kemungkinan ‘melepaskan’ bayi tersebut jika situasi semakin memburuk. Jadi ketika itu, dia dan suami hanya bergantung penuh kepada keajaiban Allah.

Berkahwin pada tahun lalu, semalam selebriti Rafidah Ibrahim memberitahu kisah duka kerana mengalami keguguran tatkala kandungannya sulungnya baru berusia 4 bulan. Perkhabaran sedih itu dikongsikan menerusi Instagramnya lantas mengundang rasa sebak daripada netizen.

Ketika berhadas kecil, saya rasa sesuatu nak keluar…Suami kata “biarkan”

Berbalik kepada kronologi asal detik-detik keguguran itu, artis ini awalnya menyangka perutnya yang terasa perit sejak jam 5 petang cumalah angin dalam badan. Namun ketika dia pergi membuang air kecil sebelum menunaikan solat Maghrib, tiba-tiba janin dalam perut telah keluar sejurus tangannya ditadah.

eeee.jpg

fida232 1620277437

Jantina baby tak dapat dikenalpasti, tapi kami menamakannya Abdullah (hamba Allah)

Menyedari apa yang berlaku, pasangan suami ini pasrah dengan takdir Allah meskipun tidak dapat mengetahui jantina anak sulung mereka. Dalam sebuah rakaman video di tanah perkuburan, terlihat mereka berdua begitu tabah mengebumikan si kecil yang sempat diberikan nama Abdullah.

Kredit : FB Rafidah Hj Ibrahim & IG Rafidah Hj Ibrahim

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*