
Ngantuk Tapi Tak Nak Stop, Ramai Cemas Driver Bas Siap ‘Kurung’ Tak Bagi Keluar
Ketika menggunakan pengangkutan awam, sudah pasti setiap orang mahu tiba ke destinasi dalam keadaan selamat. Namun, berbeza pula dengan nasib wanita ini apabila berhadapan dengan satu detik cemas melibatkan seorang pemandu bas yang tidak bertanggungjawab.
Menerusi perkongsian hotsinglemom96 di laman TikTok, kisahnya bermula ketika dia sedang menaiki sebuah bas dari Melaka ke TBS. Semasa dalam perjalanan, driver bas tersebut dikatakan mula pandu secara ‘melulu’ seakan-akan sedang mengantuk. Malah para penumpang juga ada menasihatinya agar berehat seketika, namun pekerja itu tetap berkeras tidak mahu berhenti.
Driver bas mula memandu secara melulu…seolah-olah sedang mengantuk
Saya jerit sampai menangis…ramai mula bertindak baru di berhenti tepi highway
Sedar akan perkara itu, keadaan mula menjadi huru-hara termasuk ada juga yang menangis kerana ketakutan. Malah jelas si pemilik akaun, bas yang dinaiki juga hampir ‘bertembung’ dengan sebuah lori minyak. Tidak lama kemudian, pemandu berkenaan akhirnya berhenti di tepi highway selepas mendapat desakan daripada orang ramai.
After 40 minit baru bas yang datang…terima kasih akan dua orang ni yang membantu
Meskipun sudah berhenti, namun pemandu tersebut dikatakan tetap berdegil tidak membenarkan sesiapa keluar sehingga sanggup mengunci pintu. Bagaimanapun, mujurlah ada dua orang lelaki yang pantas menghubungi bantuan sebelum polis peronda tiba 30 minit kemudian. Malah pihak pengurusan juga telah sediakan bas baharu bagi setiap penumpang meneruskan perjalanan mereka
Kredit: TikTok hotsinglemom96
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply